Menurut Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu, isu pencemaran di sekitar pulau itu berkurangan sepanjang usaha membaik pulih destinasi yang cukup terkenal dengan hamparan pasir putih itu.
Sejak April lalu, Pulau Boracay tidak menerima kedatangan pelancong untuk membolehkan kerja-kerja pemulihan besar-besaran dibuat, termasuk mengatur semula sistem longkang, kumbahan serta mekanisme pembersihan menyeluruh.
Pembukaan semula Boracay memang berita baik untuk para pelibur antarabangsa. Namun perlu diingat, Boracay hari ini bukanlah Boracay yang dulu. Ada banyak peraturan baharu yang dikuatkuasakan demi menjaga kelestarian alam sekitarnya.
Antara yang digariskan adalah di hamparan pantainya tidak lagi dibenarkan aktiviti merokok, minum minuman keras, barbeku dan berpesta.
Pihak berkuasa juga hanya membenarkan sejumlah 19,000 pengunjung berada di pulau itu pada satu-satu masa. Sebelum ini, kedatangan pelancong ke Boracay pernah mencecah sehingga 75,000 orang.
Mahu tahu apa lagi peraturan lain? Infografik berikut boleh membantu anda beringat tentang perkara yang perlu dipatuhi:

BACA: Air laut bau najis, Duterte arah tutup Pulau Boracay
BACA: Penutupan Boracay dipendekkan, dijangka kembali beroperasi selepas 4 bulan
BACA: Ceritalah ASEAN: Pulau Boracay dibuka semula: Adakah pelancongan mampan kini penanda arasnya?