GAZA: Benjamin Netanyahu memberitahu tenteranya bahawa Israel akan meneruskan perang dengan Hamas sehingga zionis itu mencapai kemenangan.
Mesej berkenaan disampaikan Perdana Menteri Israel yang kali pertama berkunjung ke Gaza pada Ahad sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu.
“Kita akan terus berperang sehingga menang,” kata Netanyahu dalam sedutan video rakaman yang dikongsi di media sosial.
“Tiada apa yang akan menghentikan kita dan kita amat yakin kita memiliki kekuasaan, kekuatan, keupayaan dan keinginan untyk mencapai semua matlmat dalam perang dan kita akan melakukannya.”
Dalam kunjungannya ke wilayah bergolak itu, Benjamin dilaporkan mahu kehadirannya di Gaza dikesan dengan beliau dikelilingi pasukan ketenteraannya dengan mengenakan jaket kalis peluru.
Beliau turut mengenakan topi keselamatan.
Ini merupakan kunjungan kali pertama Perdana Menteri Israel ke Gaza selepas penarikan diri pada 2005 dan mencatat rekod sebagai kunjugan bersejarah.
Sebelum ini, Netanyahu sering bercakap mengenai kemenangan yang harus dicapai rejim Israel, namun, bukan di lokasi yang telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Di Gaza inilah Netanyahu mahu seluruh rakyat Israel menyaksikan apa yang mampu dilakukan beliau.
Mesej kepada rakyat Israel ialah beliau merupakan pemimpin tertinggi Israel yang berupaya menerajui Israel untuk keluar daripada krisis dan memiliki keupayaan untuk berunding dengan Hamas.
Netanyahu juga bukan mahu diadili dengan apa yang disebut beliau, tetapi yang paling utama ialah lokasi keberadaan dan mengenai kelibatnya yang dapat dilihat. - Agensi
Agensi
Sun Nov 26 2023
Benjamin Netanyahu bertemu dengan anggota tentera Israel ketika Perdana Menteri Israel itu berkunjung ke Gaza, pada Ahad. - Gambar REUTERS
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.