Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce akur untuk meletakkan jawatan selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan bekas setiausaha akhbarnya sehingga wanita itu mengandung.
Pengumuman peletakan jawatan itu telah dibuat di bandar Armidale yang diwakilinya pada Jumaat.
"Saya akan katakan di bilik parti pada pagi Isnin yang saya akan letak jawatan sebagai pemimpin National Party dan timbalan perdana menteri Australia," katanya kepada pihak media.
Beliau turut memuat naik perkara sama di laman media sosial Twitter.
Dalam postingnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepadanya, terutamanya rakyat New England.
Joyce turut menyatakan beliau akan tetap terus membela nasib rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun.
“Saya akan terus memperjuangkan nasib rakyat sekalipun dalam keadaan susah dan senang. Saya akan menggunakan pengalaman sepanjang saya berkhidmat di bandar ini untuk mencapai matlamat saya bagi memastikan rakyat hidup dengan lebih baik,” luahnya.
Sebelum ini, Joyce telah bertegang urat dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull disebabkan skandal seks tersebut telah melanggar peraturan sebagai seorang menteri.
BACA: Gara-gara skandal seks, PM dan TPM Australia 'bergaduh'
Menurut undang-undang di negara itu, seorang menteri tidak dibenarkan menjalinkan hubungan sulit dengan pegawainya.
Agensi
Fri Feb 23 2018
Barnaby Joyce bakal letak jawatan selepas jalin hubungan sulit dengan bekas setiausahanya. REUTERS / Fail
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Barnaby Joyce kembali sebagai Timbalan PM Australia
Ini menandakan kembalinya beliau dalam politik setelah kira-kira tiga tahun tidak terlibat dalam arena itu kerana terpalit dengan skandal.
Michael McCormack timbalan perdana menteri baru Australia
McCormack, bekas pengarang akhbar, menggantikan Barnaby Joyce yang terpaksa meletak jawatan minggu lalu susulan terpalit dalam skandal dengan salah seorang pegawainya.
Jalin hubungan sulit, TPM Australia umum letak jawatan
Pengumuman peletakan jawatan itu telah dimuat naik di laman media sosialnya di Twitter.
Gara-gara skandal seks, PM dan TPM Australia 'bergaduh'
Joyce dalam sidang media pada Jumaat berata beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam parti mahupun jawatan Timbalan Perdana Menteri.