Chef terkenal antarabangsa, Jamie Oliver menghulurkan bantuan dan sokongan kepada berpuluh-puluh mangsa yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower, North Kensington di London, semalam.
Menerusi laman Instagramnya, chef selebriti itu menyarankan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
Oliver meminta mangsa untuk melawat restoran miliknya, Jamie's Italian yang terletak di Westfield, hanya kira-kira 2 km dari lokasi kejadian.
“Kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower hari ini, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke restoran saya - anda akan diberi makanan dan minuman oleh pasukan saya,” tulis chef selebriti itu.
“Kedai saya terletak di Westfield, tidak jauh dari lokasi kejadian. Makanan dan minuman adalah percuma, anda hanya perlu bertemu dengan pengurus saya, Juan dan mereka akan sediakan yang sepatutnya,” tambah beliau.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, blok pangsapuri 27 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan penghuni yang turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan turut berada di tempat kejadian.
Polis mengesahkan terdapat ''sejumlah kematian'' manakala London Ambulance Service berkata 50 orang dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi.
BACA: Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London
Kohilah Sekaran
Thu Jun 15 2017
Menerusi laman Instagramnya, Jamie Oliver berkata beliau akan menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan kebakaran tersebut. - Gambar fail
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
London memperingati ulang tahun ketiga tragedi kebakaran Grenfell Tower
Ia merupakan kehilangan nyawa terbesar dalam kebakaran di Britain sejak Perang Dunia kedua, meninggalkan trauma kepada penduduknya.
[INFOGRAFIK] Berapa banyak lagi bangunan guna lapisan pelindung tidak selamat?
Katanya, cladding yang dibuat daripada polyfoam tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan dan ia merupakan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing.
Korban kebakaran Grenfell Tower meningkat 30 orang
Pihak penyiasat telah mengenal pasti lokasi tercetusnya kebakaran itu dan berdasarkan siasatan awal, ia bukan disengajakan.
Penyanyi Adele sertai perhimpunan mengenang mangsa kebakaran Grenfell Tower
Adele hadir untuk menyertai perhimpunan pada malam Rabu berdekatan dengan blok menara London yang telah musnah dijilat api.
Jamie Oliver tawar makanan percuma kepada mangsa kebakaran Grenfell Tower
Chef terkenal antarabangsa, Jamie Oliver menghulurkan bantuan dan sokongan kepada berpuluh-puluh mangsa yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower, North Kensington di London, semalam.
Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London
Sebuah keluarga Malaysia yang menetap di London telah menawarkan penginapan sementara untuk mangsa kebakaran Grenfell Tower, North Kensington, London.
Kebakaran London: Bomba sahkan ada kematian, bangunan dikhuatiri runtuh
Beberapa orang disahkan terbunuh dalam kejadian kebakaran di pangsapuri Grenfell Tower, London pada Rabu, kata Pesuruhjaya Bomba London, Dany Cotton.
Menara 27 tingkat di London terbakar
Satu kebakaran besar berlaku di Grenfell Tower, iaitu menara apartmen kediaman 27 tingkat di Latimer Road, Barat London.