JEPUN mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila mengambil keputusan untuk meneruskan pemburuan paus secara komersial pada Julai, setelah berdekad-dekad cuba ‘memujuk’ Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWV) untuk membenarkan mereka berbuat demikian.
Kerajaan Jepun pada Selasa memberitahu, negara itu akan menarik diri daripada IWC supaya boleh memulakan kembali amalan kontroversi itu.
Keputusan itu mengundang kecaman daripada komuniti antarabangsa, termasuk Australia dan New Zealand yang sudah mengeluarkan kenyataan mengutuk langkah tersebut.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga berkata, pemburuan paus itu hanya akan dihadkan dalam perairan Jepun dan zon ekonomi eksklusifnya.
Suga menambah, Jepun ‘tidak akan memburu paus di Laut Antartika atau di Hemisfera Selatan’, dan amalan itu akan dibuat ‘selaras dengan undang-undang antarabangsa’.
Pemburuan paus oleh Jepun di Laut Selatan sudah lama menjadi sebab pertelingkahan antara kerajaan itu dan Australia.
Dalam satu mensyuarat pada September, IWC telah menolak bidaan Jepun untuk meneruskan pemburuan paus secara komersial. Suga berkata, tiadak ada jalan tengah dalam perbincangan antara pihak yang menyokong dan menentang.
“Pengumuman hari ini ternyata membelakangkan komuniti antarabangsa, apatah lagi usaha untuk melindungi masa depan lautan dan makhluk istimewa ini.
“Sebagai pengerusi Kumpulan G20 pada 2019, kerajaan Jepun perlu komited pada IWC dan mengutamakan langkah baharu dalam konservasi marin,” tegas kumpulan konservasi antarabangsa, Greenpeace.
Menteri Luar New Zealand Winston Peters berkata mereka kecewa dengan keputusan tersebut, namun mengalu-alukan langkah untuk menghentikan pemburuan paus di Laut Selatan.
Akhbar Jepun, Asahi, melaporkan pengambilan daging paus sebagai makanan hanya 0.1 peratus daripada pengambilan jenis-jenis daging lain.
Sebuah moratorium antarabangsa tentang pemburuan paus telah dimulakan sejak tahun 1986, namun Jepun sudah banyak kali tidak mematuhinya.
Agensi
Wed Dec 26 2018

Wahai paus, berenanglah jauh-jauh dari perairan Jepun! - Gambar fail

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Greenpeace, negara selatan global kritik perjanjian COP29
Greenpeace mengkritik perjanjian yang dicapai pada COP29, dengan menuduh perunding telah tunduk kepada kepentingan negara pengeluar minyak.

EU larang eksport sisa plastik mulai tahun depan
Negara pengimport seperti Malaysia perlu menjelaskan kepada EU sebarang syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengimport sisa plastik dari Eropah.

Hutan terbakar kini menghampiri loji nuklear usang Chernobyl
Lebih 310 ahli bomba telah hadir bagi memadam api di kawasan yang terjejas, diikuti enam buah helikopter serta beberapa buah pesawat dalam usaha menyegerakan proses pemadaman api.

Pemimpin ASEAN digesa hentikan pencemaran jerebu rentas sempadan - Greenpeace
Pemimpin ASEAN digesa bertindak segera untuk menghentikan pencemaran jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kesihatan berjuta penduduk dan melibatkan kerugian besar di Asia Tenggara.

Malaysia sebagai 'tong sampah' dunia?
Laporan oleh Greenpeace Malaysia, jelas menunjukkan pelanggaran peraturan terang-terangan dalam pelupusan sisa plastik ini.