MENARIKNYA jika soalan peperiksaan mampu menjadi 'headline' portal berita. Bukannya soalan bocor namun, peperiksaan yang diduduki oleh sekumpulan pelajar di barat daya China berjaya menarik perhatian netizen di media sosial kerana satu soalan didakwa 'tidak masuk akal' dan mengelirukan!
Baru-baru ini, laman web South China Morning Post (SCMP) melaporkan, lima orang pelajar di sebuah sekolah di Nanchong, kawasan Sichuan, diberi soalan untuk meneka berapakah umur kapten kapal sekiranya terdapat 26 ekor biri-biri dan 10 ekor kambing dalam kapal tersebut?
Netizen di media sosial cukup teruja untuk meneka jawapan bagi soalan ini.
“Umur kapten itu sekurang-kurangnya 18 tahun sebab kalau bawah daripada itu tidak dibenarkan oleh undang-undang perkapalan,” ujar seorang netizen.
“Umur kapten itu ialah 36 tahun. Dia agak sukakan diri sendiri, jadi jumlah binatang sepadan dengan umurnya,” jawab netizen lain.
“Kita tidak boleh teka umur kapten itu. Jumlah biri-biri dan kambing tidak relevan dengan umur kapten.”
“Soalan ini tiada kaitan dengan Matematik… Ia tidak menguji kemampuan manusia dalam memahami ilmu Matematik,” balas seorang netizen lain.
Sehubungan itu, biro pendidikan barat daya China telah mengeluarkan kenyataan berhubungan dengan soalan ujian matematik sekolah rendah yang mengelirukan pembaca di atas talian.
Menurut kenyataan itu, tiada jawapan spesifik yang ditetapkan untuk soalan ini sebab tujuannya untuk menguji pemikiran kritis.
“Tujuan pendidikan bukan untuk menghasilkan jawapan yang sama … setiap jawapan mencerminkan personaliti berbeza. Soalan yang menghasilkan pelbagai jawapan adalah soalan yang baik.” jelas biro tersebut.
Biro pendidikan itu menegaskan akan terus membuat soalan sedemikian dan mengalu-alukan maklum balas dari orang awam.
Agensi
Tue Jan 30 2018
Biro Pendidikan di Barat Daya China berkata tiada jawapan spesifik yang ditetapkan untuk soalan ini sebab tujuannya untuk menguji pemikiran kritis. - Gambar hiasan
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
KKM wujudkan 'pintu tunggal' selaras pelaksanaan teknologi kesihatan
Mekanisme itu akan memastikan penyelesaian penjagaan kesihatan yang bukan sahaja inovatif tetapi juga selamat, berkesan dan mudah diakses.
KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.
MUO lonjak bidang perancangan bandar - Nga
Kementerian komited untuk menambah nilai perancangan dan tadbir urus pembangunan dan operasi bandar melalui data raya yang lebih menyeluruh.
Malaysia catat 19.62 juta serangan berasaskan web pada separuh pertama 2024 - Kaspersky
Ini diikuti oleh Indonesia yang mengalami 3.2 juta ancaman berasaskan web.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Tumpuan Khamis – 5 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gangguan bekalan air Pulau Pinang pulih selewatnya malam ini - KM
Gangguan bekalan air di negeri ini yang berlaku sejak Selasa lalu berikutan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai dijangka pulih sepenuhnya malam ini (Sabtu).
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
Malaysia dalam fasa peralihan ke monsun Barat Daya - KP MetMalaysia
Cuaca negara kini dalam fasa peralihan iaitu daripada monsun Timur Laut kepada monsun Barat Daya, yang dijangka berakhir pada minggu ketiga Mei, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia
Kebakaran hutan: Bacaan IPU di Pontianak cecah tahap tidak sihat
Pencemaran udara di Kota Pontianak, Kalimantan Barat kini dilaporkan mencapai tahap tidak sihat.
Amaran angin kencang dan laut bergelora
Keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, Selatan Condore, Selatan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sulu.
Jika 26 ekor biri-biri, 10 ekor kambing berada dalam sebuah kapal, berapa usia kapten?
Lima orang pelajar di sebuah sekolah di Nanchong, kawasan Sichuan, diberi soalan untuk meneka berapakah umur kapten kapal sekiranya terdapat 26 ekor biri-biri dan 10 ekor kambing dalam kapal tersebut.