Sekurang-kurangnya 52 anggota polis dan tentera Mesir terbunuh dan enam lagi cedera dalam pertempuran bersenjata terbaharu ketika beberapa serbuan dilakukan di kawasan yang disyaki sebagai kubu persembunyian kumpulan militan sejak Jumaat.
Mesir kini berdepan pemberontakan dua kumpulan militan di Semenanjung Sinai, termasuk kumpulan yang memiliki pertalian dengan militan Daish.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mesir mengeluarkan kenyataan mengenai operasi yang dilancarkan itu pada Jumaat tetapi setakat ini tidak memberi butiran mengenai mangsa. Sekurang-kurangnya 23 anggota polis disahkan terkorban manakala selebihnya mereka yang bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai tempat persembunyian beberapa anggota kumpulan Hasm iaitu dalang di sebalik beberapa serangan yang menjadikan hakim dan anggota polis sasaran utama sejak tahun lalu.
Kumpulan militan menjadikan kawasan terpinggir di Sinai sebagai kubu mereka. Rata-rata mereka mewakili kumpulan Ansar Bayt al-Maqdis yang pada 2014 melahirkan sokongan kepada kumpulan Daish.
Agensi
Sat Oct 21 2017
Mesir berdepan pemberontakan dua kumpulan militan di Semenanjung Sinai, termasuk kumpulan yang memiliki pertalian dengan militan Daish. - Gambar fail
Pegawai CIA ditahan di Kemboja
Seorang pegawai Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) yang ditahan di Kemboja kerana membocorkan maklumat sensitif mengenai rancangan ketenteraan Israel terhadap Iran telah didakwa di mahkamah Amerika Syarikat, lapor media asing.
Iran akan bertindak balas terhadap sebarang resolusi IAEA
Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran Mohammad Eslami memberi amaran bahawa sebarang resolusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terhadap Iran akan mendapat respons segera.
Kualiti udara di ibu negara India kekal paras sangat tidak sihat
Kualiti udara di ibu negara India, New Delhi kekal pada paras sangat tidak sihat pada Khamis ketika kabus asap yang tebal menyelubungi negeri-negeri di utara.
Filipina dalam tahap berwaspada tertinggi
Filipina meningkatkan amaran taufan pada tahap tertinggi dan memindahkan ribuan penduduk pada Khamis, apabila Taufan Super Usagi menghampiri utara negara itu, yang baharu sahaja dilanda ribut tropika.
Mangsa bakal dipindah, Gibran gesa kebajikan mangsa dijaga rapi
Dalam tinjauannya itu, Gibran turut mengadakan pertemuan dengan pengawai tempatan dan menggesa supaya pengurusan pemindahan mangsa ke tempat yang baru dilakukan dengan lebih sistematik.
Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru
Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.
Tema selaras tema 'keterangkuman dan kelestarian' ASEAN 2025
Tema Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-31 (AELW) 2024, “Empower, Include, Grow”, selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Thailand muktamadkan kos bulan depan
Kerajaan Thailand dijangka akan memuktamadkan kos dan reka bentuk jambatan berkembar iaitu Jambatan Muhibbah yang merentasi Sungai Golok-Rantau Panjang pada 16 Dis ini.
AMIL, ejen dilantik hanya terpakai di negeri di bawah MAIN
Hukum lantikan atau tauliah yang diberikan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat adalah sah di sisi hukum syarak, namun hanya terpakai di negeri di bawah bidang kuasa MAIN.
Penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau emWaste to Energy/em (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari dan peningkatan penjanaan sisa yang semakin ketara setiap tahun.
Jumlah mangsa maut pertempuran bersenjata di Mesir meningkat 52 orang
Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan mengenai operasi itu pada Jumaat tetapi setakat ini tidak memberi butiran mengenai mangsa.