Juruterbang pesawat TransAsia yang terlibat dalam nahas di Taiwan pada Rabu dijulang sebagai seorang wira atas usaha dan kemahirannya mengelak kejadian lebih buruk berlaku.
Juruterbang tersebut dilaporkan bergelut untuk mengelak pesawat malang itu daripada melanggar bangunan tinggi di kawasan perumahan berdekatan lapangan terbang sejurus membuat panggilan kecemasan.
Kemalangan yang berlaku pada Rabu itu telah mengorbankan sejumlah 31 orang setakat ini dengan lebih banyak mayat ditemui, termasuk mayat juruterbang tersebut dan pembantunya.
Ketika ini, pasukan penyelamat Taiwan masih melakukan pencarian 12 mangsa yang masih hilang.
Pesawat TransAsia ATR 72-600 yang membawa 53 penumpang dan lima anak kapal itu terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang di utara Songshan, Taipei.
Pesawat yang dilaporkan menghadapi masalah enjin itu miring ke kiri di mana sayapnya bergeser dengan sebuah teksi dan melanggar jambatan sebelum terjunam ke Sungai Keelung.
Juruterbang pesawat itu menerima pujian pakar penerbangan kerana berjaya mengemudi pesawat jauh dari kawasan penempatan penduduk dan bangunan tinggi untuk mengelak berlaku bencana lebih besar.
"Berdasarkan laluan penerbangan yang diambil, juruterbang telah keluar daripada laluan asal untuk mengelak bertembung halangan.
“Juruterbang kemudian bertindak menjunamkan pesawat ke sungai untuk mengelak bencana yang lebih dahsyat.
“Ini satu langkah yang sangat berani," kata penganalisis penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong Daniel Tsang kepada AFP.
Rakyat Taiwan melontarkan pujian dan ucapan takziah mereka di laman media sosial.
"Saya percaya juruterbang berjaya mengemudi pesawat itu daripada melanggar bangunan tinggi, dia adalah seorang wira," kata penulis dan pelakon Gin Oy di laman Facebook-nya.
AFP
Thu Feb 05 2015
Juruterbang TransAsia yang terlibat dalam nahas pada Rabu dijulang sebagai wira atas kemahirannya mengelak kejadian lebih buruk berlaku. -Gambar fail
Musim kedua bermula, ruang ketengahkan inovasi
Innovathon merupakan sebuah program realiti televisyen berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sokong PMX dalam usaha lenyapkan Israel - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan menyokong penuh sebarang usaha termasuk langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB selain melenyapkan terus negara haram itu.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti mekanisme bagi mengesan ketirisan rantaian bekalan minyak masak bersubsidi dari peringkat pembungkusan, pemborongan, peruncit hingga pengguna.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM
Sebanyak 45 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS tutup kedutaan di Kyiv susulan kebimbangan serangan udara Rusia
Kedutaan itu turut mengesyorkan warga AS di Kyiv supaya "bersiap sedia untuk segera berlindung jika peringatan serangan udara diumumkan".
Tumpuan Khamis – 21 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Gudang Makanan Selangor dijangka siap tiga tahun lagi - Exco
Kerajaan Selangor menyasarkan dapat menyiapkan pembinaan Gudang Makanan Selangor dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim.
Juruterbang nahas TransAsia dijulang sebagai wira
Juruterbang pesawat TransAsia yang terlibat dalam nahas di Taiwan pada Rabu dijulang sebagai seorang wira atas usaha dan kemahirannya mengelak kejadian lebih buruk berlaku.