François-Henri Pinault yang merupakan CEO di sebalik jenama Gucci, Balenciaga, Yves Saint Laurent, dalam satu kenyataan berkata, beliau akan menyalurkan bantuan itu melalui firma pelaburan keluarganya, Artemis bagi membiayai kerja-kerja pembinaan berikutan insiden kebakaran di Katedral Notre Dame.
Lapor AFP, jutawan yang juga suami kepada pelakon terkenal Salma Hayek mahu wang itu dibelanjakan sepenuhnya bagi membina Notre Dame dan membantu pegawai gereja.
Terdahulu, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan satu kutipan dana antarabangsa pada Rabu bagi membina semula Katedral Notre Dame yang terbakar awal pagi tadi.
"Kami akan membina semula Notre Dame kerana ia adalah apa yang diharapkan oleh rakyat Perancis,
"Ini adalah sejarah yang kita warisi, Ia adalah dalam erti kata yang mendalam adalah takdir kita,” kata Macron dalam satu sidang media.