Seorang kanak-kanak lapan tahun mati ditikam dalam kejadian di sebuah rumah di Brownhills berdekatan Walsall, di sini pada sabtu malam (waktu tempatan).
Mangsa yang dikenali Mylee Billingham meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan parah akibat tikaman itu.
Susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 54 tahun yang dimasukkan ke hospital dengan kecederaan pada bahagian perut ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut laporan portal berita Skynews, polis menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 malam (waktu tempatan) dan menemui Mylee yang cedera serius dengan kesan tikaman
Pegawai penyiasat unit homisid West Midlands, Inspektor Jim Colclough berkata, bedah siasat akan dilakukan hari ini bagi mencari punca kematian Mylee.
“Kami masih di peringkat awal siasatan dan cuba memahami bagaimana perkara ini berlaku dan puncanya. Tetapi, dapat disahkan polis tidak mencari suspek lain bagi membantu siasatan kes ini,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu menurut laporan beberapa portal berita United Kingdom, ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan Mylee ditikam oleh teman lelakinya (suspek).
Jiran suspek turut mendedahkan suspek lelaki itu tinggal sendirian di rumah berkenaan sejak enam bulan lalu dan tidak pernah melihat kelibat ibu serta anak mangsa.
Agensi
Sun Jan 21 2018
Mylee Billingham meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan parah akibat tikaman itu. - Foto Skynews
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Kanak-kanak lapan tahun mati ditikam, teman lelaki ibu ditahan
Seorang lelaki berusia 54 tahun yang dimasukkan ke hospital dengan kecederaan pada bahagian perut ditahan bagi membantu siasatan.