Pihak berkuasa Australia pada Khamis melahirkan keyakinan bahawa usaha pencarian MH370 sedang dijalankan di kawasan yang betul dan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui.
Kenyataan itu dikeluarkan pihak berkuasa Australia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pagi ini serpihan flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion pada minggu lalu adalah dari pesawat berkenaan.
“Serpihan yang dijumpai adalah selaras dengan kerja-kerja pencarian yang sedang dilaksanakan justeru pihak kami yakin bahawa usaha mencari dilakukan di kawasan yang betul,” ujar Martin Dolan, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia kepada stesen radio ABC.
Namun beliau mengatakan adalah terlalu awal untuk menyimpulkan apakah sebenarnya yang terjadi kepada pesawat milik MAS itu.
Menurutnya pemeriksaan lanjut (terhadap flaperon) adalah penting bagi mengetahui sedikit sebanyak apa yang berlaku terhadap peristiwa kehilangan pesawat sejak 17 bulan lalu.
VIDEO: Sidang akhbar pengesahan serpihan pesawat di Pulau Reunion sah milik MH370
FOTO: Debaran sekitar pengumuman Perdana Menteri flaperon milik MH370
BACA: Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370. Apa yang telah diketahui
Australia mengambil alih usaha mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lepas semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.
Operasi kapal pencarian sudah meliputi lebih 50,000 kilometer persegi (19,000 batu persegi) kawasan dasar Lautan Hindi Selatan. Pihak berkuasa merancang untuk meneruskan usaha mencari sehingga meliputi 120,000 kilometer persegi.
Serpihan flaperon itu dianggarkan oleh pihak berkuasa Australia telah dihanyutkan arus ke Pulau Reunion, sekitar 4,000 kilometer (2,500 batu) dari kawasan di mana penerbangan MH370 dipercayai berakhir.
"Terjumpanya serpihan flaperon di Pulau Reunion adalah selaras dengan kawasan carian yang ditentukan berdasarkan maklumat satelit. Pencarian akan diteruskan memandangkan dua buah kapal dilengkapi sonar sedang beroperasi di Lautan Hindi," tambah Dolan.
Meskipun masih tidak jelas sama ada analisis dari serpihan flaperon akan memberikan apa-apa petunjuk mengenai punca kehilangan pesawat namun pakar penerbangan Australia, Neil Hansford menyatakan pendapatnya tentang cara bagaimana pesawat itu memasuki air.
"Serpihan itu adalah sebahagian daripada bahagian enjin yang terpisah semasa penerbangan berakhir di lautan dan pesawat mencecah air,” ujarnya.
Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya ada sebuah lagi flaperon dari sayap yang lain sedang terapung di mana-mana.
"Sekurang-kurangnya kita boleh membuktikan bahawa MH370 sememangnya hilang di selatan Lautan Hindi dan membuktikan kawasan pencarian oleh pakar-pakar dari Australia adalah memadai (di kawasan yang bersesuaian)," katanya.
AFP
Thu Aug 06 2015
DOLAN: Pihak berkuasa Australia yakin bahawa usaha mencari MH370 dijalankan di kawasan yang betul dan pesawat itu akan ditemui. - EPA
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.
2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.