KEADAAN dalam hospital Saint Joseph, New York ketika ini disifatkan sebagai mimpi ngeri.
Setiap hari, petugas perubatan di hospital tersebut berdepan detik cemas setiap kali cuba menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.
Sehinggakan pada setiap 10 hingga 12 jam sehari, sekurang-kurangnya enam individu disahkan meninggal dunia.
Menurut Pengarah Bahagian Kecemasan Hospital Saint Joseph, situasi mencabar dan menyayat hati itu, tidak pernah disangka akan berlaku.
"Ia bagaikan mimpi ngeri. Kami menerima jumlah pesakit yang sangat ramai. Dalam satu syif, saya akan mengumumkan sekurang-kurangnya enam kematian.
"Kebanyakan daripada mereka adalah warga emas, tetapi itu bukanlah purata keseluruhan. Malangnya, ramai yang disangka tidak dijangkiti, sudahnya dijangkiti virus berkenaan," ujarnya.
Hospital yang lazimnya merawat rakyat tempatan golongan miskin teramai di Westchester County itu turut mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi selepas kawasan itu merekodkan kes pertama terawal sekitar Mac lalu.
50 peratus daripada 280 kakitangan hospital itu disahkan positif COVID-19 dengan 30 peratus lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.
Sehingga kini, 900 kes kematian akibat COVID-19 disahkan di Westchester.
Justeru, mereka akan terus berusaha memerangi pandemik COVID-19 ini terutamanya buat penduduk tempatan.
"Anda hanya perlu meneruskan usaha. Ia akan berakhir kelak, dan ia akan memenatkan semua orang tetapi dalam usaha memerangi wabak ini, kami perlu terus berusaha," katanya.
Setakat Rabu, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kumulatif kes positif 819,175 dengan 45,343 kes kematian.
Agensi
Wed Apr 22 2020
Menurut Pengarah Bahagian Kecemasan Hospital Saint Joseph, situasi mencabar dan menyayat hati itu, tidak pernah disangka akan berlaku. - Foto: AP Newsroom
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Ahli Kongres AS bakal bentang rang undang-undang tukar nama Teluk Mexico
Menurut Greene, rang undang-undang itu siap disusun dengan majlis perundangan dan sedia untuk dikemukakan pagi Khamis.
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
Jasad Jimmy Carter tiba di Washington, pengebumian negara berlangsung 9 Januari
Jasad bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa.
Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden
Naib Presiden Kamala Harris mempengerusikan sesi itu dalam peranan perlembagaannya sebagai presiden Senat.
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.