Angka kematian akibat kebakaran hutan di sebuah resort tepi pantai berhampiran ibu negara, Greece pada Isnin meningkat kepada 50 orang, memetik media rasmi, lapor Xinhua.
Jumlah korban dijangka meningkat dalam tempoh beberapa jam lagi, memandangkan banyak laporan orang hilang diterima pihak berkuasa tempatan, kata agensi berita AMNA.
Kebakaran di Mati, sebuah bandar yang terletak kira-kira 29 kilometer di timur Athens, juga merupakan kawasan pelancongan popular, turut menyebabkan lebih 150 orang cedera, termasuk 11 dilaporkan kritikal.
Pasukan penyelamat menemui 26 mayat pada pagi Selasa di Argira Akti, Mati, termasuk bayi berusia enam bulan manakala lebih 100 buah rumah hangus.
Hampir 700 orang yang terkandas di pantai berjaya dipindahkan dengan menggunakan puluhan kapal Pengawal Pantai dan bot nelayan, kata Timbalan Menteri Dasar Perkapalan dan Kepulauan Nektarios Santorinios, Selasa.
BACA: Kebakaran hutan Greece ragut 20 nyawa
Pihak berkuasa tempatan menyediakan perlindungan kepada ratusan penduduk yang melarikan diri.
Kejadian itu disifatkan yang terburuk pernah berlaku sejak 2007, menyaksikan lebih 80 orang terkorban dalam kebakaran di seluruh negara.
Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan keadaan kecemasan dan meminta bantuan negara asing untuk memadamkan kebakaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 24 2018
Kenderaan turut musnah dalam kebakaran di bandar Mati, kira-kira 40 kilometer di timur laut Athens, Greece, 24 Julai, 2018. REUTERS
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Kebakaran hutan terus merebak di Greece
Greece masih diancam kebakaran hutan yang kini sudah mula merebak ke beberapa pinggir bandar di utara Athens, lapor media tempatan pada Selasa.
Evia dikepung dua kebakaran hutan besar
Hutan pokok pine hampir lenyap manakala banyak rumah musnah sehingga memaksa pelancong dan penduduk tempatan bertindak menyelamatkan diri.
Korban gempa di Turki meningkat kepada 39
Kerajaan Turki telah menyalurkan bantuan berjumlah 24 million lira (kira-kira RM12 juta) ke wilayah Aegean yang terjejas.
COVID-19: Greece terima penerbangan antarabangsa pertama
Penerbangan easyJet dari Lapangan Terbang Gatwick hampir penuh dengan penumpang tempatan yang ingin melancong ke Greece dan warga Greece yang ingin pulang ke kampung halaman mereka.
Greece dilanda banjir selepas ribut semalaman
Hujan lebat sehingga menyebabkan tanah runtuh memaksa penutupan lebuh raya menghubungkan ibu kota negara itu ke Pelabuhan Barat Patras.
Korban kebakaran Greece cecah 81 orang
Sekurang-kurangnya 81 orang maut berikutan kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Athens.
Kebakaran hutan Greece: Angka kematian cecah 50 orang
Jumlah korban dijangka meningkat dalam tempoh beberapa jam lagi, memandangkan banyak laporan orang hilang diterima pihak berkuasa tempatan.
Kebakaran hutan Greece ragut 20 nyawa
Beratus anggota bomba dikerah memadamkan kebakaran manakala penduduk diarahkan meninggalkan kediaman mereka.
Datuk bandar kena pukul
Datuk Bandar Thessaloniki terpaksa dirawat di hospital selepas beliau diserang sekumpulan individu dipercayai penyokong nasionalis.
Kompleks Mahkamah dibakar di Greece, dipercayai ada unsur khianat
Letupan berlaku beberapa jam selepas Parlimen mengundi untuk mengenakan hukuman terhadap individu yang melakukan tunjuk perasaan di luar mahkamah terbabit sebelum ini.