Seminggu sudah berlalu sejak bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menghilangkan diri secara tiba-tiba dan kerajaan Thailand belum dapat merungkai misteri mengenai keberadaannya.
Kerajaan termasuk polis dan angkatan tentera masih berusaha untuk mencari jawapan tentang bagaimana beliau dapat melarikan diri dari negara itu.
"Kami masih tidak tahu dengan tepat keberadaan Yingluck," menurut Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan merangkap menteri bertanggungjawab bagi polis kepada media tempatan baru-baru ini ketika siasatan untuk menjejajaki Yingluck rancak berjalan.
Perdana Menteri wanita pertama Thailand itu sepatutnya hadir di mahkamah Jumaat lalu untuk mendengar keputusan terhadapnya berhubung tuduhan melakukan kecuaian dalam subsidi beras yang jika sabit kesalahan, Yingluck boleh dipenjarakan sehingga sepuluh tahun.
Ketidakhadiran beliau di mahkamah mencetuskan spekulasi oleh media bahawa beliau telah lari meninggalkan negara itu seperti mengikut jejak abangnya, Thaksin kira-kira sebilan tahun lalu pada 2008 dan kini tinggal dalam buangan.
Sejak Yingluck tidak hadir di mahkamah tujuh hari lalu, media di Thailand tidak henti-henti membuat spekulasi dan teori mengenai keberadaannya.
Spekulasi yang paling hangat ialah Yingluck kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama-sama abangnya yang mempunyai sebuah rumah di kota Timur Tengah itu.
Spekulasi lain memetik sumber-sumber tertinggi di kalangan dalam partinya, Pheu Thai yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu merancang untuk memohon perlindungan di United Kingdom.
Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha yang melahirkan rasa terkejut terhadap peristiwa yang menyusul berhubung kehilangannya telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk memulakan siasatan untuk mengenal pasti bagaimana beliau dapat melarikan diri dari negara itu.
"Saya sangka beliau akan menunjukkan keberanian untuk hadir di mahkamah," kata beliau ketika beberapa kumpulan dan aktivis politik di Thailand meningkatkan kritikan ke atas kerajaan kerana gagal menghalang Yingluck daripada melarikan diri.
Kumpulan dan aktivis mahu tindakan tegas diambil jika didapati Yingluck dapat melarikan diri akibat kecuaian para pegawai tertinggi keselamatan.
Timbalan Ketua Polis Nasional Jen Srivara Rangsibrahmanakul yang diamanahkan menjalankan siasatan mengenai kehilangan Yingluck berkata, polis meminta kerjasama daripada enam negara termasuk Kemboja, Singapura dan UAE dalam siasatan.
Phnom Penh menyatakan bahawa Yingluck tidak menyeberang masuk ke sempadannya.
Polis Thailand juga telah meminta bantuan daripada Interpol untuk menjejaki bekas perdana menteri itu.
"Polis telah menubuhkan satu pasukan untuk mengesannya dan agensi-agensi berkaitan juga telah memantau dengan rapi pergerakan di sekitar kawasan sempadan. Para pegawai telah diarah mengemukakan laporan setiap lima hari," kata Srivara.
Sementara itu, Panglima Tentera Darat Thailand, Jen Chalermchai Sittisart memberitahu media rancangan Yingluck untuk melarikan diri telah dirancang terlebih dahulu apabila beliaui meninggalkan semua telefon dan menukar kereta supaya sukar untuk menjejakinya menggunakan cara sama seperti dilakukan dahulu."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2017

Di manakah agakanya Yingluck menyembunyikan diri?

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.