Pada 2005, saya pernah menulis tentang luka dalam yang dihiris semula apabila Mufti Al-Aqsa, Sheikh Ikarama Sabri mendedahkan bahawa masjid yang dimuliakan Allah S.W.T, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis mengalami kesan retak yang serius akibat kegiatan mengorek lubang di bawahnya oleh kumpulan Yahudi.
Ketika itu, Ikarama dipetik sebagai berkata oleh televisyen Al-Jazeera, keretakan paling jelas kelihatan pada tembok penanda garisan sempadan kawasan Haram al-Sharif, iaitu meliputi banyak tempat di Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya sejak diceroboh rejim Zionis.
Banyak pemimpin negara Islam memberi reaksi segera kepada pendedahan Ikarama itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) ketika itu, sedih dengan perkembangan berkenaan dan pada masa sama berharap Israel lebih sensitif dalam menjaga hati umat Islam.
Pada Julai tahun ini, Sheikh Ikarama cedera ditembak Zionis Israel ketika sedang bersolat.
Luka umat Islam lebih-lebih lagi Palestin yang tidak pernah sembuh itu terus bertambah pedih dengan insiden itu.
“Yahudi dan Zionis dengan rakus enggan mempedulikan perasaan Palestin tetapi meneruskan kerja-kerja mengorek bawah tanah Masjid Al-Aqsa atas alasan kononnya mahu mencari bukti kewujudan Haykal iaitu kuil Yahudi zaman lampau.
Menyusuli tindakan itu, mereka menjadikan Imam Masjid Al-Aqsa sebagai sasaran,’’ kata rakan kuliah saya Hasan, seorang warga Palestin, ketika kami sama-sama bersembang mengenai nasib Palestin.
Selepas apa yang menimpa Sheikh Ikarama, umat Islam tidak boleh lagi bersembahyang di Masjid Al-Aqsa.
Itulah kenangan pahit yang menimpa umat Islam.
Kepahitan itu lebih parah apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis waktu Malaysia mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Kenyataan kontroversi Trump mengenai Baitulmaqdis itu satu hal, tetapi hal yang lebih membimbangkan ialah nasib Masjid Al-Aqsa, letaknya di Baitulmaqdis.
BACA: Kesan iktiraf Baitulmaqdis ibu kota Israel
BACA: Sampai bila pun kita tak akan setuju Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel - Najib
Perlu diingatkan Masjid Al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar kepada Kaabah atas perintah Allah s.w.t.
Masjid Al-Aqsa juga masjid yang dimuliakan Allah selain Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
“Episod sedih yang menimpa umat Islam berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa sebenarnya berlaku lebih awal daripada itu.
Selepas sahaja Yahudi menduduki Quds Timur, mereka bertindak memusnahkan kawasan di sebelah barat yang bertentangan dengan tembok Masjid Al-Aqsa (Tembok Buraq atau Yahudi memanggilnya sebagai Tembok Ratapan). Ia merupakan satu kawasan yang mengandungi 135 buah rumah dan dua masjid,’’ tulis Dr Maszlee Malik dalam bukunya “Al-Aqsa Dalam Bahaya” diterbitkan pada tahun 2006.
Saya segarkan ingatan tentang pertemuan dengan Dr Maszlee selepas itu membincangkan mengenai bukunya _ juga mengenai Al-Aqsa, “Al-Aqsa di Ambang Kehancuran (2010)”, beliau berkata mereka meratakan tanah di situ supaya menjadi satu kawasan lapang yang digunakan Yahudi untuk melakukan ibadat sekalipun tempat itu adalah tanah wakaf kepunyaan Islam.
“Yahudi mula berkempen secara fanatik untuk mengorek kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa serta persekitarannya. ``Mereka menumpukan kawasan di sebelah barat dan selatan masjid untuk mencari sebarang bukti menyokong kewujudan Haykal. Tetapi sebaliknya mereka mendapati kesan peninggalan Islam yang jelas membuktikan kewujudan identiti Islam di situ. Mereka musnahkan bukti menyokong Islam tetapi meneruskan kerja-kerja keji itu,’’ kata Dr Maszlee lagi.
Saya juga membaca buku tulisan seorang warga Palestin, yang pernah menjadi Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Mohsen M. Salleh, Palestine Issue - Background and Chronology Until 2000.
Bahawa dalam buku itu beliau menulis, sejak tahun 1967 lagi proses mengorek telah melalui lebih 10 peringkat yang dilakukan secara aktif tetapi berhati-hati dan tertutup.
“Mereka membina beberapa terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. Kerja ini berdepan dengan ancaman bahaya sewaktu proses mengeluarkan tanah-tanah dan batu-bata di bawah Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah,'' katanya.
Situasi ini jelasnya, meletakkan Masjid Al-Aqsa di dalam keadaan bahaya.
Bukan itu sahaja, terdapat ratusan pencerobohan berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa di antara tempoh 1967 hingga sekarang.
``Kalau kita masih ingat pencerobohan paling keji ialah operasi membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan tindakan untuk meledakkan Masjid al-Aqsa berlaku awal Mei 1980 dan pada bulan Januari, Ogos dan Disember 1984. ``Pada 17 Oktober 1989, sekelompok Yahudi telah meletakkan batu asas untuk pembinaan Haykal Yahudi ketiga berhampiran dengan pintu masuk Masjid Al-Aqsa,'' katanya cuba mengimbau semula secara panjang lebar luka dalam umat Islam berkaitan Masjid Al-Aqsa itu, sebelum cuba mengaitkannya pula dengan apa yang berlaku sekarang, termasuk pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Dalam jawapan emel kepada saya mengenai soalan apa yang bakal berlaku kepada Masjid Al-Aqsa selepas Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel, beliau berkata, ia hari paling malang untuk umat Islam secara keseluruhannya kerana akan dijajah Zionis.
Menurutnya, sekalipun Masjid Al-Aqsa mengalami episod sedih yang tidak berkesudahan, orang Islam di Quds dan Palestin sentiasa menjaga dan memeliharanya sekalipun mereka mengalami penderitaan di bawah penjajah.
Mereka sanggup menggadai nyawa dengan hanya bersenjatakan batu demi mempertahankan kehormatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Ia ada asasnya apabila pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ada memberi amaran supaya siap sedia dengan Intifada ketiga beberapa jam selepas Trump umum mengenai pendirian Washington mengenai Baitulmaqdis.
“Sebarang cubaan Yahudi untuk menceroboh pasti mendapat tindak balas daripada orang Islam yang menentang mereka hingga ke tahap melakukan pembunuhan beramai-ramai demi mempertahankan hak dan Intifada Ketiga itu adalah permulaannya,’’ katanya.
Hal yang berkaitan dengan Baitulmaqdis dan nasib Masjid Al-Aqsa ini sebenarnya menggemparkan umat Islam seluruh dunia.
Namun di sebalik itu kita bimbang sebagai umat Islam kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Nasibnya itu kini dalam keadaan membimbangkan apabila berada di bawah kawalan Israel ketika mana Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya.
Isu Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa adalah isu Palestin dan umat Islam. Dan Masjid Al-Aqsa merupakan isu sejagat yang sebenarnya mampu menyatukan orang Islam terutama dalam menghadapi permusuhan mereka dengan Zionis.
Penentangan status Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel dan pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada terus menjadi mangsa Zionis adalah demi manfaat umat Islam secara keseluruhannya.
Makna Masjid Al-Aqsa itu ialah “masjid yang jauh” tetapi kita tidak mahu ia semakin jauh daripada hati umat Islam walaupun ia diingat setiap tahun dalam peristiwa Israk-Mikraj. Dalam peristiwa yang bersejarah itu, Nabi Muhammad diangkat ke langit dari masjid tersebut.
Kesucian Masjid Al-Aqsa semakin dicemari dengan tindakan Trump ke atas Baitulmaqdis, maka umat Islam ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Trump bersikap biadap dengan membuat pengiktirafan itu. Ia benar-benar luka yang dalam dan sukar sekali untuk sembuh.
Dr Azlinariah Abdullah
Fri Dec 08 2017
Kesucian Masjid Al-Aqsa semakin dicemari dengan tindakan Trump ke atas Baitulmaqdis, maka umat Islam ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. - Foto AP/Tsafrir Abayov
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.