Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya Kim Han Sol, anak kepada Kim Jong Nam telah tersebar di laman perkongsian video YouTube.
Portal berita Channel News Asia melaporkan, video yang bertajuk KHS Video itu dimuat naik ke YouTube pada Selasa melalui akaun sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Cheollima Civil Defense (Pertahanan Awam Cheollima), seterusnya menghubungi stesen berita berkenaan.
“Nama saya Kim Han Sol, dari Korea Utara, sebahagian daripada keluarga Kim.
“Bapa saya telah dibunuh beberapa hari lalu. Saya sekarang ini bersama ibu dan saudara perempuan saya. Kami sangat bersyukur…,” katanya dalam video berkenaan, sebelum audio dipadamkan. Dia kemudian mengakhirinya dengan: “Kami harap perkara ini akan menjadi lebih baik.”
Video berdurasi 40 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan menunjukkan pasportnya sebagai bukti identiti, namun butirannya telah digelapkan.
Channel News Asia telah mengesahkan identiti lelaki berkenaan dengan aktivis Citizens Coalition for Human Rights of Abductees and North Korean Refugees (Gabungan Hak Asasi Orang Tawanan dan Pelarian Korea Utara), Do Hee Youn.
Video itu juga telah dimuat naik ke laman web kumpulan itu, selain menyatakan bahawa keluarga Kim Jong Nam sedang dilindungi.
“Cheollima Civil Defense memberi maklum balas bulan lalu terhadap permohonan darurat oleh keluarga Kim Jong Nam yang mahukan pengasingan dan perlindungan.
“Tiga ahli keluarga itu dipertemukan segera dan dipindahkan ke lokasi selamat.
"Kami sebelum ini telah mendesak agar kami dilindungi. Ini merupakan kenyataan pertama dan terakhir tentang hal ini, dan lokasi terkini keluarga ini tidak akan didedahkan,” kata kenyataan di laman web kumpulan tersebut.
Kumpulan itu juga menghargai negara-negara, yang menurut mereka, membantu memberikan perlindungan kepada keluarga Kim Jong Nam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas lanjut sama ada pihak polis telah berhubung keluarga Jong Nam, sambil menambah pihak polis punya cara tersendiri untuk berhubung dengan mereka.
Agensi
Wed Mar 08 2017

Video berdurasi 40 saat itu dimuat naik di laman YouTube Cheollima Civil Defense.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kemunculan video anak Kim Jong Nam, kumpulan dakwa ahli keluarga kini dilindungi
Sebuah kumpulan yang digelar Pertahanan Awam Cheollima mendakwa tiga ahli keluarga Kim Jong Nam kini dilindungi di lokasi rahsia.