DELEGASI Jamaica ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) begitu sebak dan bangga apabila irama reggae akhirnya diiktiraf sebagai warisan kebudayaan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO), minggu ini.
Delegasi yang diketuai oleh Menteri Kebudayaan Olivia Grange itu, bersorak dan menitiskan air mata apabila keputusan itu dicapai dalam satu sidang pertubuhan tersebut, Khamis lalu.
Sebagai tanda mereka sangat berterima kasih dengan pengesahan tersebut, seluruh dewan diajak menyanyi lagu popular dendangan Bob Marley, One Love.
Grange yang sangat gembira dengan kejayaan mengetengahkan khazanah negaranya itu mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada jawatankuasa penilai UNESCO, seterusnya mengajak semua orang yang berada dalam dewan tersebut bangun dan menyanyikan bersama lagu ikonik daripada Marley tersebut.
Delegasi Jamaica memainkan lagu itu menerusi pembesar suara, sekali gus menukar sidang rasmi itu seperti sebuah pesta yang penuh keseronokan. Malah ramai yang alkhirnya bangun, menggoyangkan badan, menyanyi dan bertepuk tangan mengikut melodi lagu berkenaan.
Reggae, yang dikenali sebagai wadah mempromosi keamanan dan kasih sayang, berasal dari Kingston, Jamaica sekitar tahun 1960-an. Ia juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej tentang protes dan juga perjuangan dalam strata masyarakat.
UNESCO mengiktiraf reggae sebagai ‘satu elemen yang menyumbang kepada dunia khususnya berkaitan isu ketidakadilan, penentangan, kasih sayang dan kemanusiaan, selain mempunyai nilai sosiopolitik, sensual dan spiritual’.
Agensi
Mon Dec 03 2018
Grange merakamkan penghargaan dalam sidang penilai UNESCO dengan cara tersendiri. - Instagram/@hon.oliviagrange
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan tertinggi
Bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant dijadual akan ke Amerika Syarikat kurang seminggu selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Gencatan senjata di Lubnan harus disegerakan - Josep Borrell
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menyeru agar gencatan senjata segera direalisasikan bagi menamatkan konflik antara Israel dan Hezbollah di Lubnan.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Tindakan pantas anggota tentera selamatkan empat remaja hampir lemas
Tindakan pantas seorang anggota tentera berjaya menyelamatkan empat remaja daripada lemas selepas sampan dinaiki mereka karam di sebuah tasik di Puncak Alam.
KKR lulus permohonan selenggara lampu jalan, lampu isyarat di Sabah
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan keseluruhan permohonan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM9.7 juta.
Kerajaan komited pastikan inflasi kesihatan menyederhana
Pelaksanaan projek-projek kesihatan akan mengurangkan kesan kos sara hidup, terutamanya di kawasan luar bandar melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampu milik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan tahun depan
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan.
Tiga ADUN Perlis dilantik sebagai Exco, dua Exco sedia ada digugurkan
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa hari ini manakala dua EXCO sedia ada digugurkan.
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Piala Dunia Wanita: Brazil gagal ke pusingan 16 buat kali pertama sejak 1995
Jamaica menghasilkan kejutan terbesar Piala Dunia di Melbourne dengan mengekang Brazil dalam keputusan seri tanpa jaringan.
Jamaica haramkan lagu, program TV promosi aktiviti jenayah, penggunaan senjata
Larangan itu bertujuan mengurangkan tanggapan salah bahawa jenayah adalah ciri yang diterima masyarakat dan budaya negara itu.
Kate Moss nafi pernah ditolak, disepak Johnny Depp seperti didakwa Amber Heard
Kate Moss pernah menjalani hubungan intim bersama Depp pada tahun 1990.
Kanada tamatkan penantian 36 tahun ke Piala Dunia
Les Rouges merupakan pasukan yang amat menyerlah dalam zon CONCACAF dan sejak dari awal menunjukkan potensi.
Tokyo 2020: Ulangi pencapaian Bolt, status ratu pecut kekal milik Thompson-Herah
Wakil Jamaica itu telah melakar rekod kebangsaan terbaru 21.53 saat di Tokyo, catatan kedua terpantas dalam sejarah acara tersebut.
Tokyo 2020: Elaine Thompson pecah rekod Olimpik dengan catatan masa 10.61 saat
Thompson-Herah pernah memenangi dua pingat emas dalam 100 meter dan 200 meter wanita, dan satu perak dalam 4x100 meter wanita di Olimpik Rio 2016.
Usain Bolt timang anak kembar lelaki
Pasangan kembar lelaki itu diberi nama Thunder Bolt dan Saint Leo Bolt.
13.48 saat untuk 100 meter, kanak-kanak ini dicanang pengganti Usain Bolt
Rudolph Ingram - hangat diperkatakan selepas dia merekodkan catatan masa terbaik 13.48 saat dalam 100 meter.
Dunia reggae kehilangan Johnny Nash
Johnny Nash yang popular melalui hit I Can See Clearly Now menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.