SATU pasangan suami isteri di Argentina memfailkan saman ke atas seorang doktor yang didakwa cuai hingga menyebabkan kepala bayi mereka tercabut ketika proses kelahiran.
Mengikut laporan portal Metro UK, si ibu Reina Natalia Valazquez, hamil 22 minggu sebelum mengalami tanda-tanda untuk bersalin pada Isnin lalu.
Valazquez kemudiannya dibawa ke hospital di daerah Salvador Mazza.
Biarpun bayinya dalam keadaan songsang, doktor enggan melakukan pembedahan Caesaran memandangkan bukaan rahimnya sudah melebihi 10 cm.
"Sewaktu proses kelahiran, berlaku kekejangan pada rahim yang membuatkan bahagian leher bayi itu mengalami tekanan dan terputus.
"Kami sedia memberi kerjasama kepada siasatan pihak berkuasa, tetapi sehingga ada bukti berlakunya kecuaian, pihak hospital akan meneruskan operasi seperti biasa," kata pengarah hospital, Jose Fernandez.
Valazquez bagaimanapun bertegas apa yang terjadi adalah akibat kecuaian doktor bertugas.
"Bayi saya masih hidup kerana sebaik tiba di hospital, mereka melakukan ujian echo dan saya masih boleh dengar degupan jantungnya.
"Doktor itu menekan perut saya walaupun ketika itu saya tidak mengalami kontraksi. Saya meminta mereka melakukan Caesaran tapi mereka memberitahu tiada doktor untuk melakukannya.
"Saya hanya mahukan keadilan. Dia yang menyebabkan bayi saya mati dan tidak layak menjadi doktor," kata Valazquez.
Agensi
Fri Dec 29 2017
Mengikut laporan portal Metro UK, si ibu Reina Natalia Valazquez, hamil 22 minggu sebelum mengalami tanda-tanda untuk bersalin pada Isnin lalu.
Ancaman tarif Trump perlu dipandang serius - PM Kanada Trudeau
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata ancaman tarif oleh Presiden AS yang bakal dilantik, Donald Trump, perlu dipandang serius.
Media Kanada saman OpenAI atas dakwaan pelanggaran hak cipta
Kelima-lima penerbit menyatakan bahawa mereka melabur ratusan juta dolar dalam laporan kritikal, penyiasatan, dan laporan asal yang dilindungi oleh hak cipta.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Titah penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 hari ini.
PKPS lancar projek Bawang Rose PKPS, catat tuaian tertinggi empat tan per ekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT) untuk meningkatkan produktiviti pertanian negeri.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.
[TERKINI] Sebelum tukar nama, fahami sejarah dulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah agar pihak yang mencadangkan perubahan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) memahami dan meneliti sejarah sebelum membuat sebarang keputusan.
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, sebagai penghormatan kepada pemimpin ulung negara.
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, sebagai penghormatan kepada pemimpin ulung negara.
[TERKINI] Budaya rasuah makin mengaibkan negara - Sultan Perak
Budaya rasuah, ketirisan dan salah guna yang dilaporkan berlaku ketika ini sesuatu yang mengaibkan negara.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Tinjauan situasi banjir di Pasir Mas
Bagi mendapatkan gambaran keadaan banjir di negeri paling teruk terjejas, Kelantan, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil yang kini berada di Pasir Mas.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.