Keputusan memecat Ketua Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson sebenarnya sudah dijangka, kata Stephen Pomper.
Menurut Pengarah Program Krisis Antarabangsa AS itu, cakap-cakap tentang pemecatan Tillerson bukanlah sesuatu yang baharu, malah telah lama diperkatakan.
Ia berikutan percanggahan pendapat antara Presiden Donald Trump dan bekas Ketua Eksekutif Exxon Mobil yang berusia 65 tahun itu dalam banyak perkara termasuk rundingan Korea Utara serta perjanjian nuklear Iran.
Trump menerusi Twitter pada Selasa mengumumkan Tillerson bakal digantikan dengan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo.
BACA: Trump pecat Ketua Setiausaha Negara Rex Tillerson, umum Mike Pompeo pengganti
BACA: Dipecat Trump, Rex Tillerson gesa peralihan lancar kepada Ketua Setiausaha Negara baharu
Penganalisis melihat tindakan Trump itu bakal mengubah hala tuju diplomasi negara Uncle Sam itu secara signifikan.
"Pemecatan Tillerson sememangnya sesuatu yang telah lama diperkatakan sebelum ini. Namun menarik untuk kita lihat kesannya kepada proses rundingan Korea yang menjadi fokus semua pihak ketika ini. Ia memerlukan kepimpinan yang kuat dari pihak Jabatan Negara," katanya dalam satu temubual bersama AP.
Tillerson merupakan antara orang kuat dalam rundingan Korea Utara berhubung program pembangunan nuklearnya biarpun seringkali diperkecilkan Trump yang menganggap usaha itu sebagai sia-sia.
"Setiausaha Pompeo mungkin akan lebih rapat dengan Presiden berbanding Tillerson. Tetapi saya juga ada beberapa kebimbangan, kerana banyak dasar yang diperjuangkan Pompeo mungkin meletakkan kerajaan AS dalam keadaan 'berbahaya'," ujarnya merujuk kepada dasar Pompeo yang bakal memberi kesan kepada diplomasi AS.
Pompeo merupakan antara individu yang agresif membantah perjanjian nuklear Iran, dijangka pengaruhi keputusan Trump untuk menarik diri daripada perjanjian itu.
Namun lebih membimbangkan adalah kecenderungan dasar Pompeo untuk mengembalikan zaman penyeksaan tahanan era pentadbiran George W. Bush.
"Pandangannya terhadap penyeksaan adalah sedikit melampau. Malah, dia (Pompeo) pernah mengangkat mereka yang melakukan salah laku semasa pemerintahan Bush sebagai wira," ujar Pomper lagi.
Agensi
Wed Mar 14 2018
Pengarah CIA Mike Pompeo memberi keterangan sebelum Jawatankuasa Perisikan Senat di Capitol Hill di Washington pada 13 Feb 2018. - REUTERS
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
Trump puji Perdana Menteri Keir Starmer “lakukan kerja yang sangat baik”
Bagaimanapun, sekutu Trump, Elon Musk mengkritik Starmer dan beberapa kali mendesak agar beliau disingkirkan daripada jawatan PM UK.
Trump pecat 12 pegawai badan pemerhati kerajaan
Pemecatan ini cara Donald Trump memberitahu dia takut pada kebertanggungjawaban dan bermusuhan terhadap fakta dan ketelusan, kata seorang Demokrat dari New York, Chuck Schumer.
Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL
Malaysia bersedia untuk memanfaatkan peluang besar susulan kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS, terutama dalam menarik FDI dan meningkatkan potensi eksport.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.
Senat AS sahkan Hegseth sebagai Setiausaha Pertahanan
Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan pelantikan bekas hos Fox News dan veteran tentera, Pete Hegseth, sebagai Setiausaha Pertahanan.
AS namakan semula Teluk Mexico kepada "Teluk Amerika"
Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat mengumumkan Teluk Mexico kini dikenali sebagai "Teluk Amerika" susulan perintah eksekutif yang dikeluarkan Trump.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Presiden Ukraine tuduh Putin cuba manipulasi Trump
Putin ingin memanipulasi keinginan Presiden Amerika Syarikat untuk mencapai keamanan, dakwa Zelensky.