Pakar perubatan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi amaran pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan peningkatan kes penyakit Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak.
Ketua Rawatan Intensif Pediatrik Hospital New York Morgan Stanley, Dr Steven Kernie berkata di AS, puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit itu yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut.
“Lazimnya kami menyaksikan kanak-kanak dengan demam dan suhu tinggi yang dialami selama tiga atau empat hari... selalunya dengan ruam yang tersebar luas.
“Ia mungkin di seluruh badan. Ia boleh berlaku di tapak tangan dan kaki,” jelasnya.
Pihak berkuasa di New York pada Rabu mengumumkan 64 kanak-kanak disyaki mengalami simptom penyakit Kawasaki, satu penyakit yang jarang berlaku.
Beberapa lagi kanak-kanak lain di AS juga dikenal pasti mengalami sindrom itu, termasuk seorang bayi enam bulan di California yang turut disahkan positif COVID-19.
Walaupun ia masih tidak dibuktikan, pakar perubatan kini sedang mengkaji sama ada sindrom itu merupakan komplikasi yang berlaku akibat COVID-19.
“Kami menyaksikan dalam kalangan beberapa kanak-kanak, walaupun masih jarang berlaku dan melibatkan jumlah yang kecil, serta dengan konteks ketika ini, mereka menunjukkan respons keradangan,” kata Pengarah Bersama Pusat Kajian Penyakit Kawasaki, UC San Diego, Dr Adriana Tremoulet.
Di United Kingdom, Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock pada Selasa memaklumkan bahawa beberapa kanak-kanak di negara itu telah meninggal dunia akibat penyakit Kawasaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan COVID-19.
Doktor di Itali turut menyaksikan peningkatan kes sindrom Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya di bahagian utara yang merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat COVID-19.
Namun, ia masih dipercayai bahawa kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 kebanyakannya hanya mengalami simptom ringan.
“Saya berpandangan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya risau tentang sindrom ini lebih daripada perkara lain.
"Maksudnya, sekiranya anak-anak mereka terdedah kepada kes positif COVID-19, kanak-kanak itu mungkin hanya mengalami simptom ringan.
“Hanya peratusan kecil sahaja yang mungkin terdedah kepada sindrom ini, kata Dr Steven.
Astro Awani
Fri May 08 2020

Di AS, puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit Kawasaki yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut. - Twitter
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Kes penyakit Kawasaki mungkin meningkat akibat COVID-19 - Pakar perubatan
Puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit itu yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut.