Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin maut dengan ratusan lagi dilaporkan cedera selepas pihak keselamatan Israel melancarkan operasi mengekang tunjuk perasaan besar-besaran di Gaza pada Jumaat.
Sebelum itu puluhan ribu penunjuk perasaan kebanyakannya pelarian warga Palestin berhimpun di lima lokasi sepanjang sempadan Gaza-Israel, menuntut hak untuk kembali ke tanahair mereka.
Tunjuk perasaan dijadualkan berlangsung sepanjang enam minggu dengan penunjuk perasaan mendirikan khemah-kehemah di sepanjang pagar sempadan sejauh 65km.
Tentera Israel menganggarkan kehadiran lebih 30,000 warga Palestin dalam perhimpunan itu.
Tunjuk perasaan menjadi tegang apabila ratusan belia Palestin dikatakan menghampiri kawasan sempadan dengan membaling batu dan membakar tayar.
Tentera Israel bertindak balas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah mereka dengan alasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Menurut pihak Kementerian Kesihatan Palestin, keadaan semakin tidak terkawal apabila dua remaja Palestin maut ditembak menggunakan meriam.
Kedua-duanya didakwa pihak Israel mempunyai senjata dan telah melepaskan tembakan.
Salah seorang yang terbunuh adalah remaja berusia 16 tahun.
Mangsa yang lain terbunuh di beberapa lokasi lain.
Kementerian itu turut mengesahkan sekurang-kurangnya 16 maut dalam ketegangan itu.
Menurut saksi, selain peluru hidup dan bom, pihak Israel turut menggunakan dron untuk melepas gas pemedih mata.
Turut dilaporkan cedera, lebih 400 yang lain.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam reaksinya berkata Israel bertangggungjawab keatas keganasan itu dan mengisytiharkan Sabtu sebagai hari berkabung.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan mesyuarat lewat Jumaat untuk membincangkan perkembangan terbaharu di Gaza.
Tunjuk perasaan diadakan di hari yang digelar ‘Land Day’ atau ‘Hari Wilayah Palestin’, demonstrasi tahunan bagi memperingati pembunuhan enam warga Palestin oleh pihak keselamatan Israel sewaktu rampasan tanah warga Palestin oleh Israel pada 1976.
Namun matlamat utamanya, untuk memperjuangkan hak warga Palestin untuk kembali ke wilayah yang dirampas Israel sejak penjajahan 1948.
Agensi
Fri Mar 30 2018
Tunjuk perasaan menjadi tegang apabila ratusan belia Palestin dikatakan menghampiri kawasan sempadan dengan membaling batu dan membakar tayar. - Foto REUTERS/Mohamad Torokman
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.