SELURUH dunia diserang wabak COVID-19, memaksa manusia untuk mengehadkan pergerakan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan.
Akhirnya dunia berehat, kotaraya tidak sesibuk seperti kebiasaannya, dan alam dapat bernafas sejak sekian lama dilenjan manusia. Ia benar, bacaan kadar pencemaran di banyak negara khususnya di China menurun dengan mendadak, air terusan di Venice menjadi jernih, angsa kembali meluncur di sungai-sungai di Milan, dan ikan lumba-lumba muncul di perairan sekitar pelabuhan di Cagliari.
Tidak ketinggalan sekumpulan gajah di wilayah Yunnan, China apabila gelagat mereka sempat dirakam untuk tatapan manusia. Seorang pengguna Reddit, ADarkcid berkongsi foto di laman itu pada Khamis memaparkan sekumpulan gajah ‘menceroboh’ sebuah kawasan perladangan di wilayah itu.
“Ketika manusia menjalani tempoh penjarakan sosial, sekumpulan 14 ekor gajah memecah masuk ke sebuah perkampungan di wilayah Yunnan, mencari jagung dan makanan lain. Sudahnya mereka meminum 30kg wain jagung dan menjadi sangat mabuk sehingga tertidur di ladang teh berdekatan,” tulisnya.
Kemudian seorang pengguna Twitter, HDS Dhaliwal memuat naik imej tersebut untuk dikongsikan bersama khalayak lain.
Dalam satu bebenang lain, seorang aktivitis alam sekitar Parween Kaswan menyatakan bahawa gajah, seperti kebanyakan manusia, ada kecenderungan terhadap alkohol dan mencarinya, dan selalunya meninggalkan tanda di mana mereka berjaya mendapatkannya supaya mereka boleh kembali di lain waktu.
Dia juga menulis, seperti juga manusia yang datang lewat ke sesebuah parti dan geram apabila minuman sudah habis, gajah juga merasakan orang mabuk adalah menjengkelkan.
“Jika mereka nampak orang mabuk, mereka akan rasa jengkel, kerana ia (minuman beralkohol) tidak dikongsi dengan mereka,” ciapnya.
Di samping berkongsi fakta menarik tentang gajah, Kaswan juga sempat menceritakan kisah derita yang dilalui gajah-gajah di China di mana spesis itu diancam kepupusan di wilayah itu.
“Hari ini hanya tinggal sekitar 250 ekor gajah di seluruh China. Pernah satu ketika gajah berada di seluruh bahagian China. Sepertimana Thomas Trauttman (dalam bukunya Elephants and Kings) mengatakan manusia pernah melancarkan perang 3,000 tahun di sini, dan gajah telah kalah. Kini di ambang kepupusan lokal,” ujarnya.
Israr Khalid
Fri Mar 20 2020
Dua ekor gajah mabuk teruk sampai tertidur di antara pepohon teh dekat sebuah kawasan perladangan di Yunnan, China. - Gambar Twitter
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa terima suapan RM3,500
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia" - Fahmi
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia," jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi menjawab kenyataan yang dimuat naik oleh Tan Sri Annuar Musa di Facebook beliau. #AWANInews
Trafik penumpang udara Malaysia 2024 meningkat 14.3 peratus
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Titah Adendum: "Tidak dibincangkan, Kabinet tidak arahkan" - Fahmi
Kabinet tidak membincangkan atau mengarahkan Peguam Negara untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum. #AWANInews
Malaysia berhasrat anjur kejohanan berbasikal Piala Negara-Negara UCI 2026
Malaysia nyata hasrat untuk menganjurkan satu daripada tiga pusingan kejohanan berbasikal trek Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tahun depan.
AWANI Ringkas: Usaha tambahan 10,000 jemaah haji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC
Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
China akan ambil tindakan lindungi kepentingan daripada sekatan AI AS
China dengan tegas menentang sekatan AS terhadap eksport AI dan akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak sah syarikat China.
Elak ketagih, China hadkan kanak-kanak layan permainan video hanya 15 jam sebulan
Tencent dan NetEase mula kenakan had kepada yang berumur bawah 18 tahun, untuk bermain maksima hanya 15 jam ketika cuti sekolah.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.
8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu.
Tiada kes HMPV dilaporkan di Indonesia
Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan tiada kes Human Metapneumovirus (HMPV) yang kini merebak di China, dikesan di negara itu.