BEBERAPA syarikat ternama di China mengambil langkah beri warga kerja cuti panjang atau 'tutup kedai' sementara bagi mengurangkan bahaya penularan koronavirus yang sedang melanda.
Pelbagai acara yang sudah diatur, apabila satu negara China pulang semula setelah selesai lebih seminggu bercuti menyambut tahun baharu, turut dibatal.
Kerajaan China sendiri mengambil keputusan memanjangkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina – ditambah tiga hari hingga ke 2 Februari.
Kota Wuhan, ibu kota wilayah Hubei sudah berupa 'bandar hantu' setelah perkhidmatan sistem pengangkutan dihentikan – menyebabkan mereka tinggal terkurung dan tiada pengunjung yang diundang.
Rangkaian restoran makanan rebusan Haidilao mengambil keputusan menghentikan operasi dari Ahad (26 Januari) hingga ke Jumaat (31 Januari).
Sementara itu, syarikat permainan dalam talian, Tencent, dan firma media sosial, ByteDance, mengeluarkan arahan bagi pekerjanya melakukan tugasan dari rumah.
Syarikat e-perdagangan Pinduoduo, kumpulan perbankan UBS Group AG dan syarikat perumahan Country Garden turut menasihati pekerja yang merancang mahu pulang ke Wuhan agar 'kuarantin' diri di rumah masing-masing.
Pihak berkuasa tempatan juga bertindak membatal sebarang acara sambutan perayaan melibatkan perhimpunan orang ramai.
Kerajaan tempatan Shanghai turut mengeluarkan arahan menghalang syarikat memulakan semula operasi sebelum 9 Februari. Larangan ini tidak melibatkan syarikat pembekal peralatan perubatan dan farmasi.
Sekolah pula menambah cuti dan hanya akan dibuka semula pada 14 Februari.
Razak Chik
Mon Jan 27 2020

Bandar Wuhan yang kelihatan lengang sejak dikenal pasti sebagai lokasi punca penyebaran novel koronavirus. - AP
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bandar hilang berusia 3,000 tahun ditemui di Mesir
Kawasan yang ditemui menerusi satu misi arkeologi itu lengkap dengan tinggalan struktur rumah yang diperbuat daripada tanah liat, serta artifak-artifak bersejarah dan alatan dari zaman firaun.

COVID-19: Dua bandar terbesar Rusia bagaikan bandar mati
Jalan raya yang dahulunya sesak dipenuhi kenderaan, kini berubah menjadi lengang seolah-olah bandar yang sudah lama ditinggalkan.

Khabar dari Wuhan: Cuti kini panjang, kerja dari rumah elak korban bertambah
Syarikat berpusat di China beri warga kerja cuti panjang untuk bantu usaha kuarantin, seterusnya mengelakkan penularan virus korona.

Temerloh bandar mati?
Bandar Temerloh terletak di tengah-tengah Pahang iaitu persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang.