THAI Airways membatalkan berpuluh penerbangan ke Eropah selepas Pakistan menutup ruang udara negara itu ditengah-tengah ketegangan hubungan dengan jirannya, India.
Pembatalan itu susulan pesawat ke Eropah perlu melalui ruang udara Pakistan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.
Selain itu semua penerbangan dari dan ke Pakistan turut dibatalkan.
Bukan hanya Thai Airways, penerbangan antarabangsa lain termasuk Emirates dan Qatar Airways turut mengantung penerbangan mereka ke Pakistan pada Rabu.
Dalam perkembangan yang sama, Singapore Airlines, dan British Airways juga menukar laluan mereka.
Menurut Singapore Airlines, penerbangan syarikat itu ke Eropah akan kekal seperti biasa namun laluan akan ditukar serta tidak akan berhenti untuk mengisi minyak.
Manakala Malaysia Airlines pula tidak melalui ruang udara Pakistan untuk laluan ke Eropah.
Agensi
Thu Feb 28 2019
Pembatalan itu susulan pesawat ke Eropah perlu melalui ruang udara Eropah, kata syarikat itu dalam satu kenyataan. - Foto Instagram Thai Airways
Bedah siasat warga emas dibunuh anak masuk hari kedua
Bedah siasat ke atas mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sebelum disumbat di dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, masih lagi dijalankan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
Gula berlebihan: Ancaman terhadap fungsi buah pinggang yang semakin membimbangkan
Kira-kira 3.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik dengan 80 hingga 85 peratus kes dikaitkan dengan diabetes atau hipertensi.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Eain Yow, Rachel mara ke suku akhir Piala Skuasy Malaysia
Diiring sokongan padu penyokong tempatan, Ng Eain Yow dan Rachel Arnold mudah menewaskan lawan masing-masing untuk mara ke suku akhir Piala Skuasy Ace Malaysia 2024 dijadualkan esok.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab untuk redakan ketegangan di Timur Tengah - Diplomat
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah, kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.
Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.