Perisik Korea Selatan percaya suspek yang dikehendaki dalam pembunuhan Kim Jong Nam di Malaysia, membabitkan pegawai yang bertugas untuk Kementerian Luar dan Keselamatan Dalam Negeri Korea Utara, lapor AFP.
Kim Jong Nam dipercayai dibunuh awal bulan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) oleh pembunuh upahan menggunakan agen saraf VX, iaitu bahan kimia yang mampu membawa maut dalam beberapa minit serta disenaraikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai senjata pemusnah.
Korea Selatan amat sensitif dengan sebarang perkembangan membabitkan negara jirannya yang memiliki senjata nuklear itu, dan sejak kes pembunuhan tersebut tersebar, pegawai agensi perisikan Korea Selatan tidak putus-putus memberi maklumat kepada pihak pentadbiran Seoul.
Sehingga kini, Korea Utara belum mengesahkan sama ada mangsa merupakan Kim Jong Nam, namun pada masa sama Korea Selatan dan Amerika Syarikat percaya Jong Nam, yang sering mengkritik kuasa keluarganya, dibunuh oleh orang upahan Korea Utara.
Dirancang pihak kementerian
“Daripada lapan suspek kes ini, empat adalah daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan dua lagi yang menjalankan tugas adalah daripada Kementerian Luar.
“Sebab itulah kes ini adalah tindakan keganasan yang diketuai pemerintah, kerana ia dirancang oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Luar,” ujar Lee Cheol Woo, salah seorang anggota Parlimen yang menerima maklumat daripada agensi perisikan.
Polis Malaysia telah mengenal pasti sejumlah lapan warga Korea Utara sebagai suspek dan dikehendaki untuk disoal siasat. Itu termasuk seorang pegawai kedutaan Korea Utara yang dipercayai masih di Kuala Lumpur.
Menteri Kesihatan Malaysia S. Subramaniam pada Ahad berkata, Kim Jong Nam meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit selepas diserang oleh dua wanita yang dipercayai telah menyapu agen saraf VX ke wajahnya.
Jong Nam berada di KLIA2 untuk menaiki pesawat ke Macau, iaitu wilayah pentadbiran khas China yang menjadi tempatnya mendapat perlindungan negara besar tersebut.
Dua suspek wanita itu kini dalam tahanan polis dan setakat ini mengakui, aksi yang mereka lakukan ke atas Jong Nam tersebut adalah kerana diperdaya dengan menyangka ia sebahagian daripada program televisyen.
Tiga kumpulan
Seorang lagi anggota Parlimen Korea Selatan, Kim Byung-kee, berkata pihak Korea Utara dalam kes berkenaan beroperasi dalam tiga kumpulan.
Dua kumpulan, masing-masing disertai pegawai daripada kedua-dua kementerian Korea Utara itu, bertanggungjawab mengupah wanita Indonesia dan Vietnam, seterusnya membawa mereka ke Malaysia untuk melaksanakan arahan. Kumpulan ketiga pula bertindak sebagai pasukan sokongan.
Tambahnya, perisik Korea Selatan berkata pegawai pejabat kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, Hyon Kwang Song, mempunyai kaitan dengan kementerian dalam negeri dan adalah sebahagian daripada ‘kumpulan sokongan’.
Polis Malaysia berkata akan mengeluarkan waran terhadap diplomat itu jika dia tidak memberi kerjasama, namun langkah itu masih belum pasti memandangkan pegawai itu mempunyai status kekebalan diplomatik.
Seorang warga Korea Utara yang kini dalam tahanan polis, Ri Jong Chol, juga dipercayai sebahagian daripada kumpulan sokongan, kata Kim Byung-kee.
Agensi
Tue Feb 28 2017
Kes pembunuhan Jong Nam begitu rumit dan terus menjadi topik perbualan serantau dan dunia. - Reuters
‘UMNO bukan parti abah saya’ - Nurulhidayah
"Parti UMNO bukan milik individu. Bukan milik abah saya atau abah sesiapa pun. Ia milik kita semua," tegas Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Kepala air: Jambatan 'Battle of Slim' banyak sejarah, 'jasa' - Penduduk
Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh petang semalam akibat kejadian kepala air memainkan peranan besar dalam kehidupan harian penduduk.
Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini berada sekitar 97.4 peratus, hasil kolaborasi pemain industri dan institusi TVET.
MBEW 2024 corak masa depan acara perniagaan Malaysia
MyCEB secara rasmi melancarkan Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) 2024 bertemakan "Business Events and Technology with Sustainability" (BEATS) yang dijangka menjadi titik tumpuan buat pakar.
MSA 2024: Malam prestij memacu kecemerlangan industri media negara
Anugerah Media Specialist Association (MSA) 2024 kembali merakamkan detik gilang-gemilang dalam meraikan individu dan organisasi cemerlang yang memacu kemajuan industri media negara.
Berita Terkini Kita: Cerita Komuniti Di Terengganu
#InilahKita berkongsikan kisah warisan kesenian wau dan batik yang dijalankan secara turun temurun. Berita Terkini Kita juga menyelami kisah usahawan muda yang mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Pertembungan epik JDT, Selangor di Bukit Jalil malam ini
Temu bual wartawan Astro AWANI, Luqman Hariz bersama peminat bola sepak tanah air menjelang pelawanan akhir Piala FA antara JDT dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kapten Izham mohon maaf, terpaksa kurangkan penerbangan untuk optimumkan perkhidmatan MAS, Firefly
MAG terkesan dengan penangguhan penghantaran pesawat baharu, menyebabkan kurangnya jumlah pesawat penerbangan untuk operasi.
Lima sekeluarga tinggal di pondok usang di Kuala Lumpur
Program Ziarah Asnaf MAIWP menyantuni sepasang suami isteri dan tiga anak mereka yang tinggal di sebuah pondok usang berhampiran PPR Seri Semarak.
Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.
Korea Selatan dakwa kementerian Korea Utara terlibat rancang pembunuhan Kim Jong Nam
Sejak kes pembunuhan tersebut tersebar, pegawai agensi perisikan Korea Selatan tidak putus-putus memberi maklumat kepada pihak pentadbiran Seoul.