Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mendapat kecaman kerajaan Korea Utara.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Korea Utara pada Sabtu, tindakan itu merupakan penghinaan terhadap legitimasi antarabangsa.
"Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab ke atas ketegangan dan ketidakstabilan yang diwujudkan di Timur Tengah akibat tindakan melulu ini.
"Tindakan ini seolah tidak menghiraukan persetujuan global mengenai masalah ini dan patut dihukum serta ditolak," jelas kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Buletin KRT
Pengumuman Trump pada Rabu membangkitkan kemarahan masyarakat antarabangsa serta dunia Arab biarpun beliau menganggap pengiktirafan itu tidak akan mengubah status quo Baitulmaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.
Setakat ini, dua nyawa terkorban dalam protes berhubung keputusan tersebut.
Agensi
Sat Dec 09 2017
Kerajaan Korea Utara kecam tindakan keji Trump -Foto fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis.
Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin
Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin.
Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir
Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga berakhirnya Ramadan.
Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Persetujuan dicapai dalam satu rundingan di Mesir yang dihadiri pegawai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Jordan pada Ahad.
'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan.
Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari
Jelas Adly, naratif perjuangan dan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin di negara ini amat penting.
Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin
Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah.
Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa
Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.
Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian