Korea Utara menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong Nam, yang dilakukan di Kuala Lumpur.
Ini kerana, menurut Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, pihak berkuasa Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran dan kehadiran wakil daripada negara berkenaan.
Beliau ditemui wartawan di luar Institut Perubatan Forensik Negara, Kuala Lumpur, pada Jumaat malam.
“Mereka kata mereka perlu melakukan bedah siasat ke atas beliau (Kim Jong Nam) bagi mengesahkan punca kematian. Dan kita menolaknya kerana mereka kata Jong Nam telah mati akibat serangan jantung.
“Sebab itu lah, jika ianya serangan jantung, tiada sebab untuk mereka lakukan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Ini adalah kenyataan rasmi pertama dikeluarkan oleh pihak Korea Utara sejak pembunuhan Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu.
Sementara itu, Pyongyang juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Wisma Putra kerana dikatakan sengaja melambat-lambatkan proses penyerahan mayat Jong Nam.
Menurut Kang Chol, sebaik proses bedah siasat dilakukan, PDRM sepatutnya menyerahkan mayat Jong-Nam kepada kedutaannya memandangkan tuntutan mayat itu telah dibuat kepada Wisma Putra.
Namun katanya, Wisma Putra tidak memberikan sebarang maklum balas walaupun selepas pihaknya menyerahkan permohonan.
Tambah beliau, pihak kedutaan turut bertemu dengan pihak tertinggi PDRM untuk membawa keluar mayat Jong Nam, namun ia ditolak.
"Oleh itu, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Malaysia dan akan bertindak balas terhadap tindakan tersebut dan juga tindakan tidak baik terhadap DPRK. Dan kita saman di Mahkamah Antarabangsa,” katanya Kang Chol lagi.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat dilaporkan berkata, keluarga diberi keutamaan untuk menuntut mayat Jong Nam.
Agensi
Sat Feb 18 2017

Ini adalah kenyataan rasmi pertama dikeluarkan oleh pihak Korea Utara sejak pembunuhan Jong Nam (gambar) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Singapura hantar pulang dua petugas media Korea Selatan
Dua pengamal media Korea Selatan dibebaskan selepas ditahan kerana menceroboh kediaman Duta Korea, kata polis pada Ahad.

Korea Utara tolak hasil bedah siasat mayat Kim Jong Nam
Korea Utara menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong Nam, yang dilakukan di Kuala Lumpur.