Pihak berkuasa Indonesia kini menempatkan petugas-petugas kesihatan di lapangan terbang antarabangsanya, bagi melakukan pemeriksaan kesihatan penumpang, dalam langkah berjaga-jaga susulan berlakunya wabak coronavirus di Wuhan, China.
Menurut kenyataan PT Angkasa Pura II (agensi yang mengendalikan lapangan terbang di Indonesia), penumpang yang tiba di lapangan terbang di Indonesia, akan menjalani imbasan haba, selain pengawasan dan pemeriksaan lanjut terhadap penumpang yang mengalami sindrom tertentu.
BACA: Singapura sahkan kes pertama virus Wuhan
BACA: Empat kes disyaki koronavirus di Malaysia dikesan
BACA: Koronavirus: Selepas Wuhan, bandar Huanggang dalam keadaan berjaga-jaga
"Peningkatan pengawasan itu dilakukan di bandara-bandara (lapangan terbang) PT Angkasa Pura II termasuk Bandara Internasional Soekarno-Hatta yang merupakan bandara terbesar dan tersibuk di Indonesia," kata kenyataan itu.
Wabak coronavirus dikesan Disember 2019 di Wuhan dan dilaporkan telah menyebabkan kes kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 23 2020

Pegawai keselamatan penerbangan memakai topeng di terminal ketibaan antarabangsa lapangan terbang Soekarno Hatta di Jakarta, Indonesia. - Foto REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Koronavirus: Indonesia perketat pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang
Pihak berkuasa Indonesia kini menempatkan petugas-petugas kesihatan di lapangan terbang antarabangsanya dalam langkah berjaga-jaga susulan berlakunya wabak coronavirus di Wuhan, China.