Peperangan di Syria merupakan krisis hak asasi manusia terbesar di dunia, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.
Ki-moon berpendapat krisis pelarian yang berlaku akibat peperangan itu merupakan simbol perpecahan antara komuniti antarabangsa dan ia sangat memalukan.
"Syria adalah krisis hak manusia terbesar dunia.
"Pihak terlibat tidak menunjukkan kepentingan menjaga nyawa manusia.
"Semua pihak yang terlibat telah melanggar hak asasi manusia serta peraturan yang akan diingati sebagai jenayah perang dan juga jenayah terhadap manusia sejagat," ujarnya dalam satu sidang media.
Katanya, kerajaan Syria tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk melindungi orang awam dan apa yang berlaku di negara tersebut akan menjadi titik hitam dalam sejarah.
Ki-moon turut menggesa Majlis Keselamatan supaya segara bertindak dan melakukan apa yang termampu bagi mendapatkan penyelesaian ekoran krisis pelarian di Eropah yang berlaku akibat kegagalan menamatkan kesengsaraan rakyat Syria.
"Saya tidak boleh menerima kegagalan untuk menamatkan kesengsaraan rakyat Syria," katanya lagi.
Nekad rempuh sekatan polis, teruskan perjalanan
Sementara itu di sempadan Hungary-Serbia, pihak berkuasa Hungary terpaksa memindahkan pelarian dan pendatang yang cuba memasuki negara itu ke kem pelarian berdekatan bagi meredakan ketegangan yang berlaku di kawasan berkenaan.
Namun, usaha itu ditolak para pelarian berkenaan yang mendakwa kerajaan Hungary tidak memberi layanan yang baik kepada mereka.
"Kami perlu keluar dari sini (Hungary) dan menaiki teksi menuju ke Budapest.
"Kami terpaksa. Kami tidak mahu ke kem berkenaan.
"Lihat ini! Sampah dan manusia diletakkan sekali. Kanak-kanak juga terjejas, Orang di Hungary sangat teruk," ujar salah seorang pelarian dari Syria.
Mereka bimbang dengan pengesahan cap jari yang dijalankan kerajaan Hungary yang mungkin akan membebankan mereka pada masa hadapan.
"Jika mereka (Kerajaan Hungary) melepaskan kami tanpa pengesahan cap jari lebih bagus.
"Baik untuk kami dan baik juga untuk mereka," kata salah seorang lagi pelarian Syria.
Hungary gagal mengawal kemasukan pelarian yang menjadikan negera itu sebagai transit sebelum meneruskan perjalan ke Jerman.
Keadaan itu menyebabkan ribuan pelarian terperangkap di luar perkampungan Riszke tanpa kemudahan asas.
Agensi Pelarian PBB yang kesal dengan situasi berkenaan memaklumkan, akan menghantar bantuan kemanusiaan ke kawasan tersebut.
Gadai nyawa untuk teruskan kehidupan
Di Turki, pendatang dan pelarian dari Syria, Pakistan dan Iran yang berada di Bodrum, menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Greece.
Mereka mendakwa sedang menunggu untuk diseludup ke Pulau Kos di Greece meskipun pelbagai laporan kematian direkodkan ketika menyeberangi sempadan, termasuk kanak-kanak 3 tahun, Kurd Alan Kurdi yang jasadnya ditemui terdampar di pesisir pantai.
"Bahaya di Syria sangat besar kerana perang sedang berlaku di sana.
"Di Turki kami tidak dapat mencari pekerjaan.
"Mati yang cepat lebih baik daripada kita mati secara perlahan-lahan.
"Kalau kita mati di laut, lebih cepat," ujar pelarian Syria yang berharap dapat menyeberang ke Greece kelak.
Walaupun mengakui gentar, namun mereka tiada pilihan.
"Jika saya berpatah balik ke nagara saya, saya akan mati juga.
"Mungkin dengan cara ini, saya ada peluang satu hari nanti, tetapi jika pulang ke negara saya, saya tidak mempunyai peluang," tambahnya yang telah berada di Turki sejak empat bulan lalu.
Dia sanggup meninggalkan semua ahli keluarganya di Rakka, Syria demi survival hidupnya.
Mangsa pemerdagangan manusia
Dalam pada itu, pihak berkuasa Sweden mendakwa, sekurang-kurangnya 1,200 pelarian dan pendatang tiba di negara itu sepanjang minggu lalu.
Bagaimanapun, satu per empat daripada mereka dilaporkan hilang.
Polis percaya, mereka yang hilang menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang menjanjikan pertolongan untuk meneruskan perjalanan ke Sweden.
Polis Sweden juga memberitahu, pihaknya sedang giat membanteras jenayah berkenaan daripada terus berleluasa.
Sama seperti Hungary, pelarian dan pendatang menjadikan Denmark sebagai negara transit sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Sweden.
Agensi
Wed Sep 09 2015
![Krisis pelarian simbol perpecahan komuniti antarabangsa - PBB Krisis pelarian simbol perpecahan komuniti antarabangsa - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436351937_BANKIMOON.jpg)
Ki-moon (gambar) berpendapat krisis pelarian yang berlaku akibat peperangan itu merupakan simbol perpecahan antara komuniti antarabangsa.
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa d Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
![Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815984_TBLINDABEEGO.jpg)
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
![Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu? Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738819574_TBKANNA.jpg)
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
![Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738817318_TBHELICRASH.jpg)
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
![Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
![Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
5.4 juta terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025
5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
![Tentera Myanmar mesti mulakan langkah pertama untuk tamatkan keganasan - Ban Ki-Moon Tentera Myanmar mesti mulakan langkah pertama untuk tamatkan keganasan - Ban Ki-Moon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/51434732213_BanKimoon.jpg)
Tentera Myanmar mesti mulakan langkah pertama untuk tamatkan keganasan - Ban Ki-Moon
Pihak tentera sendiri mesti memulakan langkah pertama untuk menamatkan krisis di Myanmar, kata bekas Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon.
![Amanat pembangunan mapan Ban Ki-Moon kepada Malaysia Amanat pembangunan mapan Ban Ki-Moon kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574837240_TBBANKI.jpg)
Amanat pembangunan mapan Ban Ki-Moon kepada Malaysia
Ban Ki-Moon seru semua pihak di negara ini terus mendokong Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) PBB 2030.
![Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536289080_BRIBESCHEME.jpg)
Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara
Anak saudara Ban Ki-moon dihukum penjara enam bulan kerana didapati bersalah cuba memberi rasuah.
![Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458318242_UnitedNations.jpg)
Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi melantik Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung yang baharu, menggantikan Ban Ki-Moon.
![Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81467169047_BanKiMoon.jpg)
Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka
Ban Ki-Moon beri jaminan kepada kerajaan Bangladesh bahawa PBB sedia membantu dalam usaha mencegah semua bentuk ekstremisme ganas.
![Ban Ki-Moon puji inisiatif M'sia kecam penganiayaan kanak-kanak di zon perang Ban Ki-Moon puji inisiatif M'sia kecam penganiayaan kanak-kanak di zon perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434732213_BanKimoon.jpg)
Ban Ki-Moon puji inisiatif M'sia kecam penganiayaan kanak-kanak di zon perang
Setiausaha PBB itu mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa melindungi kanak-kanak adalah 'moral amat penting dan tanggungjawab undang-undang'.
![QZ8501: Setiausaha Agung PBB ucap takziah QZ8501: Setiausaha Agung PBB ucap takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61367289851_295x200.jpg)
QZ8501: Setiausaha Agung PBB ucap takziah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengutuskan "ucapan takziah dengan sepenuh ikhlas" beliau kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas.
![AS$300 juta diperlukan dalam usaha membantu mangsa taufan Haiyan AS$300 juta diperlukan dalam usaha membantu mangsa taufan Haiyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/51384299716_295x200.jpg)
AS$300 juta diperlukan dalam usaha membantu mangsa taufan Haiyan
Pasca taufan Haiyan di Filipina Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen rayuan untuk membantu mangsa taufan Haiyan.
![Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359015715_295x200.jpg)
Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB
Ban Ki-Moon berkata pendekatan ketenteraan hanyalah boleh diguna pakai untuk tujuan pertahanan atau diluluskan oleh majlis keselamatan.
![Tentera menghala ke utara Mali Tentera menghala ke utara Mali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41358901928_295x200.jpg)
Tentera menghala ke utara Mali
Tentera kerajaan yang dibantu askar Perancis dilapor menghala ke arah utara Mali dalam usaha menghapuskan kumpulan penentang kerajaan.