Sepuluh jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti mana-mana pesakit yang dijangkiti COVID-19 digali semula selepas keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif daripada jangkitan itu.
Detik News melaporkan, mereka adalah antara 70 jenazah yang dipercayai positif COVID-19 dikebumikan di kawasan itu.
Mengikut amalan berkenaan, mayat dan keranda akan dibalut menggunakan plastik, manakala pekerja pengebumian perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan, topeng muka dan baju khas.
Sekretari Dinas Tata Ruang (Distaru) Bandung, Agus Hidayat berkata, kerajaan bersetuju untuk memindahkan kubur-kubur berkenaan ke Subang dan Sumedan, Indonesia atas permintaan ahli keluarga mereka selepas ujian swab mendapati mereka negatif COVID-19.
Beliau juga mendedahkan ada di antara kubur yang digali semula oleh ahli keluarga selepas keputusan ujian keluar.
"Selagi ujian mengesahkan mereka negatif (COVID-19), kita benarkan," katanya di sini hari ini.
Jelas Agus, ketika jenazah itu dikebumikan keputusan ujian swab belum keluar dan kerajaan terpaksa mengebumikan jenazah itu seperti pesakit COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
Beliau memberitahu, kesemua pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Bandung dikebumikan di tanah perkuburan Cikadut di Bandung.
Agensi
Thu Jul 02 2020
![Kubur 'pesakit' COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif Kubur 'pesakit' COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576502824_Cangkul.jpg)
Kesemua pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Bandung dikebumikan di tanah perkuburan Cikadut di Bandung. - Gambar hiasan
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024 Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739012198_NinoyAquinoInterna.jpg)
Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.
![Kubur 'pesakit' COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif Kubur 'pesakit' COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576502824_Cangkul.jpg)
Kubur 'pesakit' COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif
Sepuluh jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti mana-mana pesakit yang dijangkiti COVID-19 digali semula selepas keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif daripada jangkitan itu.