Bagaimanapun dua penumpang kereta yang bertembung dengan kenderaan Putera Philip itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital sebelum dibenarkan keluar.
Gambar yang viral di media sosial memaparkan kenderaan Putera Philip terbalik.
Lapor BBC, menurut saksi nahas berlaku ketika Putera Philip baru keluar dari kediamannya itu menuju ke jalan utama.
Istana Buckingham kemudiannya mengesahkan kejadian yang berlaku pada Khamis itu.
“Duke (Putera Philip) tidak cedera,” tambah kenyataan itu lagi.

Seorang jurucakap istana juga mengesahkan Putera Philip adalah pemandu kenderaan terbabit dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Putera Philip mengahwini Ratu Elizabeth pada 1947 dan bersara dari tugas-tugas rasmi beliau pada 2017.
Beliau menjalani pembedahan menggantikan pinggul tahun lalu.