
#Brexit: Golongan muda terpaksa tanggung padah - Netizen Britain
Menerusi satu tinjauan di media sosial, Astro AWANI mendapati golongan muda di Britain tidak begitu gembira dengan tindakan ini kerana bimbang akan masa depan mereka.
Mereka menyalahkan golongan berusia untuk mengundi keluar dari EU tanpa mempertimbangkan beberapa perkara seperti ekonomi dan organisasi baharu.
BERITA PENUH DI SINI
David Cameron letak jawatan
Perdana Menteri Britain David Cameron hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya selepas rakyat negara itu memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
Beliau sebelum ini memberi amaran United Kingdom akan mengalami kesan ekonomi yang teruk jika keluar dari kesatuan tersebut.
Cameron, bagaimanapun berjanji akan membantu menstabilkan keadaan dalam beberapa bulan ini sebelum pengambil alihan kepimpinan baru Oktober ini.
BERITA PENUH DI SINI
David Cameron letak jawatan, PM baru Oktober
Keputusan akhir
Keluar 17,410,742 (51.9%) berbanding Kekal 16,141,241 (48.1%)
Kejayaan buat penyokong Brexit

Pilih untuk keluar
Rakyat UK/Britain telah memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan 52 peratus mengundi untuk keluar dan hanya 48 peratus memilih untuk kekal dalam pemilihan yang sengit.
Lapor BBC, dengan 374 daripada 382 wilayah mengundi telah membuat keputusan, sejumlah 16.8 juta mengundi untuk ‘keluar’ manakala 48 peratus atau 15.7 juta memilih untuk kekal.
Keputusan 1 petang
Keluar 16,738,813 (51.74%) berbanding Kekal 15,610,071 (48.26%) – Laporan
Britain pilih untuk keluar - Media
Media-media utama di Britain melaporkan rakyat negara itu telah memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah.
Keputusan 12 tengahari
Keluar 14,605,522 (51.67%) berbanding Kekal 13,661,500 (48.33%) - Laporan
Bursa Asia merudum
Matawang pound Britain merudum pada nilai terendah dalam tempoh 31 tahun, dengan saham dan harga minyak turut menunjukkan aliran menurun di pasaran Asia dalam dagangan pagi ini.
Ia susulan keputusan awal pungutan suara menunjukkan rakyat Britain hampir pasti akan memilih untuk meninggal blok politik dan ekonomi Eropah itu.
BERITA PENUH DI SINI
Keputusan 11 pagi
Keluar 9,278,808 (51.4%) berbanding Kekal 8,774,222 (48.6%) - Laporan
Kem Brexit mendahului
Rakyat United Kingdom kelihatan semakin hampir memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah, dalam keputusan awal Jumaat selepas pengiraan undi di 200 dari 382 wilayah mengundi selesai.
Jumlah undi memilih untuk “Keluar” 51.69 peratus, berbanding 7.3 juta memilih untuk “Kekal” atau 48.31 peratus.
Keputusan lebih sengit dari dijangka
Keputusan awal di tanah besar Britain, menyaksikan pengundi lebih memihak untuk keluar dari Kesatuan Eropah, EU, namun saingannya sengit dimana undian untuk kekal, mengekori rapat.
LAPORAN DI SINI
Keputusan 10 pagi
Keluar: 3,902,244 (50.12%) berbanding Kekal: 3,884,225 (49.88%) - Laporan
Matawang pound menjunam
Matawang Britain pound menjunam dalam dagangan awal pagi Jumaat di pasaran Asia, jatuh dari paras tertinggi 2016, ketika keputusan awal pungutan suara Kesatuan Eropah, mula diterima.
Ia antara lain menunjukkan saingan antara mereka yang ingin kekal dan keluar kelihatan sengit.
LAPORAN DI SINI
Keputusan 9 pagi
Keluar: 1,100,713 (52.97%) berbanding kekal: 1,051,904 (47.03%) - Laporan
Proses pengiraan undi bermula
Proses pengiraan bagi menentukan kedudukan United Kingdom (UK) dalam Kesatuan Eropah, EU atau Brexit kini sedang bertlangsung selepas proses pengundian ditutup 10 malam waktu tempatan.
Kiraan undi berjalan di beberapa pusat pengundian di seluruh United Kingdom.
Keputusan akan diumumkan secara berperingkat dengan keputusan pertama dijangka diketahui sekitar awal pagi Jumaat waktu tempatan.
BERITA LANJUT DI SINI

Niaga AWANI

AWANI Jr

Komuniti AWANI

AWANI Sarawak

Awani 7.45

Agenda AWANI

AWANI Pagi

Cerita Normal Baharu

Consider This

Notepad with Ibrahim Sani

Let's Talk

The Future is Female

AWANI Review

AWANI Byte

Undi Bootcamp

KiniTV

Menang Saham

Kamek Anak Sarawak

Lan Berdagang

Health Matters

Bual Bola

Week Ahead

Fokus Minggu Depan

Agenda AWANI Asia

AWANI Global
