UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Jong Chol dibawa keluar dari Jabatan Imigresen, dipercayai ke KLIA

Hari ini, suspek Korea Utara, Ri Jong Chol akan dibawa keluar dari IPD Sepang ke Jabatan Imigresen untuk urusan pengusiran.

Astro Awani
Seorang warga Korea Utara dipercayai Ri Jong Chol oleh Polis DiRaja Malaysia dibawa ke IPD Sepang. - Gambar fail/Reuters

Video eksklusif Jong Chol di Jabatan Imigresen

Fri Mar 03 2017

Jong Chol disenarai hitam daripada memasuki Malaysia

Fri Mar 03 2017

Pakar kimia' Korea Utara, Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, kini disenarai hitam daripada memasuki negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berikutan kerajaan Malaysia tidak mahu wujudnya sebarang elemen yang mahu menjadikan negara ini sebagai pangkalan agenda tersembunyi.

Kaunselor Kedutaan Korea Utara enggan komen

Fri Mar 03 2017

Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song enggan mengulas mengenai pengusiran rakyat negaranya Ri Jong Chol, yang merupakan salah seorang suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Dia yang sebelum itu hadir di Jabatan Imigresen Putrajaya, dipercayai bagi urusan prosedur pengusiran pulang lelaki berusia 47 tahun itu.

Jong Chol sudah dibawa keluar. Dipercayai terus ke KLIA.

Fri Mar 03 2017

3.17pm. Ri Jong-Chol sudah dibawa keluar dr Jabatan Imigresen Putrajaya. Dipercayai terus ke KLIA. @501Awani pic.twitter.com/8tVzVxUJoU

— israrkhalid (@ciakhalid) March 3, 2017

Jong Chol belum keluar dari Jabatan Imigresen Putrajaya

Fri Mar 03 2017

2 jam selepas Yu-Song berlalu, masih tiada tanda @ info bila Jong-Chol akan dibawa keluar dr sini ke KLIA. Terus menunggu. @501Awani

— israrkhalid (@ciakhalid) March 3, 2017

Yu-Song enggan mengulas tentang Jong Chol

Fri Mar 03 2017

Ditanya ttg pertemuan dgn Jong-Chol & bila dia akan berlepas pulang, "NO KOMEN" jawab Yu-Song ketika meninggalkan bgnan Imigresen.@501Awani pic.twitter.com/4bPXvPyBr9

— israrkhalid (@ciakhalid) March 3, 2017

Kaunselor di Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song, tiba di Putrajaya

Fri Mar 03 2017

Bukan Kang Chol, tapi Kaunselor di Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song yang datang dan baru sahaja tiba tadi. @501Awani

— israrkhalid (@ciakhalid) March 3, 2017

Wakil kedutaan Korea Utara hadir di Ibu Pejabat Imigresen

Fri Mar 03 2017

Kehadiran Kaunselor Kedutaan Korea Utara Kim Yu Song di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini hari ini menjadi tumpuan kerana dipercayai berkaitan urusan penghantaran pulang warganya Ri Jong Chol ke negara asal.

Jong Chol, 47, yang tamat perintah tahanan remannya hari ini setelah direman sejak 18 Feb untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibawa ke Jabatan Imigresen itu kira-kira 9.20 pagi untuk proses dokumentasi penghantaran pulang.

Jong-chol yang tiba dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, tempat beliau ditahan ketika reman, dalam kawalan ketat.

Yu-song kelihatan memasuki bangunan JIM pada 10.10 pagi dan keluar kira-kira dua jam kemudian.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Lintas langsung dari lokasi

Fri Mar 03 2017

Petugas media berkejaran mendapatkan visual

Fri Mar 03 2017

Jong Chol tiba di Jabatan Imigresen Putrajaya

Fri Mar 03 2017

Petugas media yang menanti di bahagian hadapan Jabatan Imigresen Putrajaya tiba-tiba berkejaran dan agak kelam-kabut mendapatkan kedudukan terbaik untuk merakam visual, apabila kenderaan polis yang membawa Ri Jong Chol tiba di bangunan itu terus memasuki kawasan parkir bawah tanah.

Jong Chol perlu melalui beberapa prosedur akhir untuk melengkapkan proses penghantaran pulang ke negara asalnya.

Suspek Korea Utara, Ri Jong Chol dibawa keluar dari IPD Sepang 

Fri Mar 03 2017

Lapor langsung dari Putrajaya

Fri Mar 03 2017

Media sudah berkumpul

Fri Mar 03 2017

Petugas media tempatan & luar negara sudah mula berkumpul di perkarangan Jbtn Imigresen Msia, Putrajaya. @501Awani pic.twitter.com/Y3KRWRFI0Y

— israrkhalid (@ciakhalid) March 2, 2017

Keluarga Ri Jong Chol mungkin bersembunyi

Thu Mar 02 2017

Keluarga ahli kimia Korea Utara Ri Jong Chol, yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mungkin sedang menyembunyikan diri.

Ini susulan penangkapan Jong-chol oleh polis pada 17 Feb bagi membantu penyiasatan mengenai pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), empat hari sebelum itu.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Astro AWANI akan membawa liputan secara langsung

Thu Mar 02 2017

Astro AWANI akan membawa liputan kes ini secara langsung menerusi tiga platform: buletin khas di saluran 501, Facebook (live) dan web TV di www.astroawani.com mulai jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Saksikan siaran langsung ini.

Jong Chol dibawa keluar dari IPD Sepang

Thu Mar 02 2017

Hari ini, seorang lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu pada 13 Feb lepas, akan diserah kepada Jabatan Imigresen bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan melibatkan Ri Jong Chol, 47, itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Jong Chol direman sejak 18 Feb bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

#ipd sepang#kim jong nam#Pembunuhan#Ri Jong Chol
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.