UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Pasukan keselamatan serbu restoran untuk tamatkan krisis tebusan Dhaka

Kumpulan bersenjata menyerang restoran popular di kalangan ekspatriat di Dhaka, dan menahan sejumlah tebusan. Dua anggota polis terbunuh.

Astro Awani
Seorang anggota polis cedera ditembak dalam insiden serangan di sebuah restoran di Dhaka. - Foto AP

Warga AS turut terkorban

Sat Jul 02 2016

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa seorang warganya turut terkorban dalam insiden serangan.

White House yang turut mengumumkan perkara itu walau bagaimanapun tidak menamakan individu terbabit.

Korban 7 warga Jepun

Sat Jul 02 2016

Kerajaan Jepun mengesahkan tujuh warganegaranya turut terkorban.

Tujuh mangsa itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga.

Bersatu menentang keganasan

Sat Jul 02 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru masyarakat dunia bersatu menentang keganasan.

Katanya pengganas tidak boleh dibiar berleluasa hingga mewujudkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dunia.

Seruan dibuat melalui akaun Facebook beliau sebagai reaksi terhadap serangan bersenjata di Dhaka, Bangladesh.


BERITA LANJUT DI SINI

20 orang awam terbunuh

Sat Jul 02 2016

Anggota tentera Bangladesh mengesahkan seramai 20 orang awam maut dalam kejadian serangan di sebuah kafe pada Jumaat dengan ramai di antara mangsa dijumpai mati ditetak.

“Kami telah menjumpai 20 mayat. Kebanyakannya telah ditetak kejam dengan senjata tajam,” kata jurucakap tentera, Jeneral Nayeem Ashfaq Chowdhury kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan pengesahan kewarganegaraan mangsa.

Sementara itu, tentera turut mengesahkan kesemua yang terbunuh terdiri dari warga negara asing, sama ada warga Itali atau Jepun.

“Kesemua 20 tebusan yang terbunuh adalah warga negara asing,” kata jurucakap tentera Shahab Uddin.

“Kesemua mereka adalah terdiri dari warga Itali dan Jepun,” tambahnya tanpa memberikan pecahan mangsa.

Sheikh Hasina tekad hapuskan pengganas

Sat Jul 02 2016

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina berkata beliau tekad untuk menghapuskan keganasan di negara itu sejurus pasukan keselamatan menyerbu masuk sebuah kafe yang diserbu oleh sekumpulan penyerang bersenjata dan menahan tebusan.

“Ia (serangan) adalah satu tindakan yang amat menjijikkan. Umat Islam apakah ini? Mereka ini tiada agama,” kata Hasina dalam satu siaran televisyen.

“Rakyat Bangladesh harus menentang pengganas. Kerajaan ini bertekad untuk menghapuskan sama sekali keganasan dan militan dari Bangladesh.”

Drama tebusan berakhir

Sat Jul 02 2016

Pasukan keselamatan Bangladesh mengakhiri drama tebusan di sebuah kafe di ibu kota Dhaka dengan menembak mati enam penyerang bersenjata yang menjadikan pengunjung sebagai tebusan sejak malam Jumaat (waktu tempatan), kata pegawai kerajaan.

“Operasi (menyelamat) telah tamat. Situasi kini terkawal,” jurucakap tentera, Kolonel memaklumkan kepada AFP.

Sementara itu seorang komander pasukan elit gerak pantas Rapid Action Battalion yang menjalankan operasi menyerbu kafe terbabit memaklumkan beberapa kematian dilaporkan, termasuk enam penyerang bersenjata.

“Kami telah menembak mati enam pengganas. Kawasan yang dirampas mereka kini telah berjaya dikuasai semula,” kata Masud kepada saluran India's Times Now.

BERITA LANJUT DI SINI

Tiada rakyat Malaysia terlibat

Sat Jul 02 2016

Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan di Dhaka.

Menurut satu kenyataan Kementerian Luar hari ini, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan di sebuah kafe itu yang mengorbankan tiga nyawa anggota polis tempatan dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Malaysia juga melahirkan rasa simpati terhadap kerajaan dan rakyat Bangladesh dan berharap mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

BERITA LANJUT DI SINI

Fakta ringkas

Sat Jul 02 2016

Jeritan kedengaran sejurus serbuan bermula

Sat Jul 02 2016

Loud screams, possible bomb blast heard as security forces move against hostage-taking gunmen in Dhaka restaurant, reports @dailystarnews.

— Steve Herman (@W7VOA) July 2, 2016

Restoran diserbu

Sat Jul 02 2016

Pasukan keselamatan Bangladesh menyerbu masuk restoran di tengah-tengah ibukota Bangladesh, Dhaka yang ditawan kumpulan penyerang bersenjata pada malam Jumaat (waktu tempatan) dimana sekumpulan tawanan termasuk warga asing menjadi tebusan.

“Operasi telah bermula. Pasukan komando telah menyerbu restoran,” seorang pegawai berkata.

Seorang jurugambar AFP yang berada di lokasi berkata dia mendengar bunyi tembakan yang kuat dan letupan ketika pasukan keselamatan melancarkan operasi membebaskan tebusan selepas drama berlarutan lebih 10 jam.

BERITA LANJUT DI SINI

Kawalan ketat

Sat Jul 02 2016
Kawalan ketat

Operasi untuk bebaskan tebusan bakal bermula dalam masa terdekat

Sat Jul 02 2016

Bangladesh police say plan to move soon to end hostage crisis https://t.co/A7cRS4y4gl pic.twitter.com/HqP4AIbVER

— Reuters World (@ReutersWorld) July 2, 2016

Polis buat persediaan untuk melancarkan operasi

Fri Jul 01 2016

Polis Bangladesh membuat persediaan untuk melancarkan operasi untuk menamatkan krisis tebusan pagi ini, menurut laporan Reuters.

Drama tebusan berterusan

Fri Jul 01 2016

Buletin Awani

Fri Jul 01 2016

Puluhan tebusan ditahan antara 6 hingga 8 individu bersenjata, juga dilengkapi bahan letupan

Fri Jul 01 2016

Dozens of hostages are being held by 6 to 8 attackers, armed with guns & explosives, in restaurant in Dhaka. #9Today https://t.co/I2IbhSJNFE

— The Today Show (@TheTodayShow) July 1, 2016

Tujuh warga Itali antara tebusan: Laporan TV Itali

Fri Jul 01 2016

Seven Italians among hostages in Dhaka cafe attack: Italian state TV https://t.co/CZG5AvvCrj pic.twitter.com/JS4KumAN5h

— Reuters World (@ReutersWorld) July 1, 2016

Usaha menyelamatkan tebusan

Fri Jul 01 2016
Usaha menyelamatkan tebusan

Kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab

Fri Jul 01 2016

Kumpulan Daish (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di sebuah restoran di ibu kota Bangladesh, Dhaka pada malam Jumaat yang menyaksikan pertempuran tercetus di antara pihak polis dan kumpulan penyerang.

Sekurang-kurangnya dua anggota polis disahkan terbunuh dalam serangan itu.

BERITA LANJUT DI SINI

Dua anggota polis terbunuh

Fri Jul 01 2016
Dua anggota polis terbunuh

Krisis tebusan di Dhaka

Fri Jul 01 2016
Krisis tebusan di Dhaka

Holey Artisan Bakery

Fri Jul 01 2016
Holey Artisan Bakery

Lokasi serangan

Fri Jul 01 2016

Kumpulan bersenjata serang restoran ekspatriat

Fri Jul 01 2016

Individu bersenjata menyerang sebuah restoran yang popular di kalangan warga asing di ibu negara Bangladesh pada malam Jumaat, dan dipercayai menjadikan pelanggan di dalamnya sebagai tebusan, menurut pihak berkuasa.

Pertempuran bersenjata dilapor berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata tersebut, dengan sekurang-kurangnya dua pegawai polis disahkan terbunuh.

Penyerang mensasarkan restoran makanan Sepanyol di zon diplomatik Dhaka itu dan mula melepaskan tembakan pada jam 9.20 malam waktu tempatan (1320 GMT), kata pihak polis.

BERITA LANJUT DI SINI

Kumpulan bersenjata menyerang restoran di Dhaka, pelanggan dijadikan tebusan

Fri Jul 01 2016

Gunmen storm cafe in Bangladesh capital Dhaka, take diners hostage https://t.co/oTdWRbgncJ

— AFP news agency (@AFP) July 1, 2016

Polis, kumpulan bersenjata bertempur di sebuah restoran di zon diplomatik di ibu negara Bangladesh - The Daily Star

Fri Jul 01 2016

Police, suspects exchanging gunfire at restaurant in diplomatic zone of Bangladesh capital - The Daily Star https://t.co/01KwybJV4Q

— Breaking News (@BreakingNews) July 1, 2016

#Bangladesh#daish#Dhaka#IS#tebusan
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.