UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Serangan Westminster: Penyerang maut, orang awam cedera dalam insiden keganasan

Seorang penyerang dilaporkan telah ditembak mati di luar bangunan Parlimen oleh anggota polis bersenjata menurut Dewan Rakyat Britain.

Astro Awani
Seorang anggota polis sedang memasang pita polis di kawasan parlimen di Westminster.

Serangan guna kenderaan mudah dilakukan di London - Pakar

Thu Mar 23 2017

Pengganas militan kini semakin menggunakan tatik serangan berkenderaan, seperti yang berlaku di luar Parlimen Britain pada Rabu, kerana kaedah itu murah, mudah untuk dirancang dan sukar dicegah, menurut pakar dalam kajian keganasan.

Taktik merempuh orang ramai tidak memerlukan bahan letupan atau senjata serta boleh dilakukan oleh seorang penyerang tanpa menggunakan rangkaian militan lain, dan itu mengurangkan risiko rancangan tersebut dihidu pihak berkuasa.

Laporan penuh, BACA DI SINI.

PM Najib zahirkan simpati dan sokongan

Thu Mar 23 2017

Shocked & saddened by London attack. My thoughts & prayers with innocents affected. M'sia stands with UK. Must never surrender to terrorism.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 23, 2017

Lima terkorban, puluhan lagi cedera

Thu Mar 23 2017

Lima orang sudah disahkan terkorban manakala 40 lagi cedera di London selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki dan penyerang menikam seorang anggota polis yang sedang berada dekat dengan bangunan Parlimen Britain.

Angka kematian itu adalah termasuk suspek itu sendiri serta polis tersebut. Tiga lagi mangsa adalah dalam kalangan mereka yang dirempuh kereta berkenaan di Jambatan Westminster sebelum melanggar susur penghadang di luar bangunan Parlimen.

Laporan penuh, BACA DI SINI.

Laporan wartawan Astro AWANI dari London

Wed Mar 22 2017

Jangan mengaku kalah pada keganasan - Theresa May

Wed Mar 22 2017

We will all move forward together, never giving in to terror or allowing the voices of hate & evil to drive us apart https://t.co/3745qXGpcf

— Theresa May (@theresa_may) March 22, 2017

Ingatan PM Theresa May pada mangsa yang terkorban

Wed Mar 22 2017

Perdana Menteri Britain, Theresa May menyatakan beliau menghormati semua mangsa yang terkorban dalam serangan di luar bangunan Parlimen di Westminster pada petang Rabu.


LAPORAN PENUH DI SINI

 'Masih terlalu awal untuk buat spekulasi motif serangan' - Majlis Muslim Britain

Wed Mar 22 2017

Majlis Muslim Britain hari ini menyatakan masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang berlaku pada petang Rabu.

"Kami sangat terkejut dan sedih dengan insiden di Westminster. Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini, menurutnya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

BERITA PENUH DI SINI

'Penyerang melakukan serangan secara bersendirian' - Polis

Wed Mar 22 2017

Asisten Komisioner Polis, Mark Rowley dalam sidang medianya memaklumkan pihaknya percaya penyerang melakukan serangan secara sendirian.

Polis Britain juga meningkatkan operasi keselamatan besar-besaran tahap tertinggi.

Pada masa sama, Rowley tidak menolak kemungkinan meminta bantuan tentera sekiranya diperlukan.

Sementara itu, penyiasat UK sedang meneliti kemungkinan sama ada wujud kaitan serangan London dengan propaganda militan di Asia Barat.

Anggota polis maut selepas ditikam penyerang

Wed Mar 22 2017

Seorang anggota polis antara yang terbunuh dalam serangan yang berlaku di luar bangunan parlimen Britain pada rabu. menurut laporan yang dikeluarkan BBC.

Perkara ini disahkan oleh seorang pegawai penguatkuasa yang memberikan bantuan kecemasan kepada anggota polis berkenaan.

Menurut BBC lagi, anggota polis itu mati di tempat kejadian. penyerang yang menikam anggota polis tersebut turut ditembak mati dalam insiden yang disifatkan pihak polis sebagai "serangan pengganas".

'Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif serangan' - The Muslim Council of Britain

Wed Mar 22 2017

Berikut kenyataan The Muslim Council of Britain:


'Kami sangat terkejut dan sedih dengan insiden di Westminster. Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini. Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif serangan, ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa serta mereka yang terlibat. Kami memberi penghormatan kepada pihak polis dan pasukan kecemasan yang mengendalikan kes ini dengan penuh berani. Istana Westminster adalah pusat kepada demokrasi dan kita perlu memastikan ia terus memberi khidmat kepada rakyat dengan selamat.'

Tiga pelajar sekolah warga Perancis cedera dalam serangan di London

Wed Mar 22 2017

Tiga pelajar sekolah warga Perancis dilaporkan cedera dalam serangan yang berlaku berhampiran bangunan Parlimen di London.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah akhbar tempatan Le Telegramme, pelajar terbabit berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun dari Concarneau Lycee, Brittany yang terletak di selatan Perancis.

Saksi ceritakan detik cemas serangan di Westminster

Wed Mar 22 2017

Tiada rakyat Malaysia terbabit, masih menunggu pengesahan rasmi Scotland Yard

Wed Mar 22 2017

Serangan #Wesminster: Wisma Putra masih menantikan maklumat lanjut daripada Scotland Yard #PrayForLondon pic.twitter.com/fksAbV4jas

— Astro AWANI (@501Awani) March 22, 2017

Amerika Syarikat pantau "situasi membimbangkan" di London

Wed Mar 22 2017

Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat dilaporkan akan memantau situasi "membimbangkan" di London selain turut menawarkan bantuan dalam apa cara sekalipun selepas insiden seorang anggota polis ditikam dan beberapa yang lain cedera dalam serangan di Westminster.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Seorang wanita disahkan meninggal dunia

Wed Mar 22 2017

Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas insiden keganasan berdekatan bangunan Parlimen Britain.

Agensi berita, British Press Association memetik kenyataan seorang doktor di Hospital St Thomas berkata masih ramai yang tercedera, termasuk kecederaan yang sangat serius.


PM Britain Theresa May dilaporkan selamat

Wed Mar 22 2017

Perdana Menteri Britain, Theresa May dilaporkan selamat selepas kejadian tembakan yang berlaku di luar bangunan parlimen pada Rabu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Polis Britain menyifatkan kejadian sebagai insiden pengganas

Wed Mar 22 2017

Polis Britain menyifatkan insiden tikaman di perkarangan bangunan parlimen itu sebagai serangan pengganas.

"Pegawai polis termasuk pihak bomba masih berada di lokasi kejadian dan kami menyifatkan serangan yang berlaku sebagai insiden pengganas, sehingga kami mendapat maklumat sebaliknya," kata polis dalam satu kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Penyerang maut ditembak selepas didakwa menikam anggota polis

Wed Mar 22 2017

Seorang penyerang dilaporkan telah ditembak mati di luar bangunan Parlimen oleh anggota polis bersenjata menurut jurucakap Dewan Rakyat Britain pada Rabu selepas beberapa tembakan kuat kedengaran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya sedozen orang awam di jambatan berdekatan.

BERITA LANJUT DI SINI

#Dewan Rakyat#Parlimen#terrorisme#Westminster
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.