Bahagian mayat, tempat duduk dan beg penumpang ditemui
Bahagian mayat, tempat duduk dan beg penumpang antara barangan yang ditemui oleh pasukan pencari bangkai pesawat EgyptAir MS804 yang hilang di Laut Mediterranean pada Khamis, kata Menteri Pertahanan Greece.
“Beberapa jam sebelum ini saya dimaklumkan (oleh pihak berkuasa Mesir) satu bahagian mayat, dua kerusi, dan satu atau lebih beg penumpang telah ditemui di kawasan pencarian ke utara Iskandariah, Mesir," kata Panos Kammenos pada satu sidang akhbar.
BERITA DI SINI
Serpihan dan barangan penumpang ditemui di Laut Mediterranean
Tentera Mesir berkata pasukan mencari dan menyelamatnya telah menemui beberapa serpihan pesawat EgyptAir yang hilang pada Khamis di Laut Mediterranean bersama 66 orang penumpang dan anak kapal di dalamnya.
“Pesawat dan kapal Mesir telah menemui beberapa barangan penumpang dan bahagian serpihan kira-kira 290 kilometer ke utara Iskandariah,” seorang jurucakap tentera memaklumkan di laman Facebook hari ini.
Penumpang warga Australia
Menteri Luar Australia mengesahkan seorang penumpang pesawat EgyptAir yang masih hilang pada Khamis adalah warganegaranya.
Julie Bishop bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut termasuk identiti mangsa terbabit.
Beliau pada masa sama, menolak sebarang spekulasi berkaitan nahas tersebut.
Keluarga mangsa ke Perancis pada Sabtu
Kerajaan Perancis bakal menerima kedatangan keluarga penumpang pesawat EgyptAir pada Sabtu, kata menterinya.
Nasib pesawat, penumpang masih jadi tanda tanya
Selepas hampir 24 jam gagal dikesan radar, nasib pesawat EgyptAir yang membawa 66 penumpang termasuk anak kapal masih belum diketahui.
Biarpun sebelum ini Mesir memaklumkan penemuan serpihan yang mengesahkan pesawat itu terhempas, laporan itu kemudian dinafikan.
BERITA DI SINI
Kehilangan berkemungkinan angkara 'pengganas'
Menteri Penerbangan Mesir berkata adalah berkemungkinan besar serangan ‘pengganas’ adalah penyebab utama kehilangan pesawat EgyptAir pada Khamis bersama 66 penumpang dan anak kapalnya berbanding ia kemungkinan berpunca dari kegagalan teknikal pesawat.
“Kebarangkalian berhadapan tindakan berbeza ketika penerbangan, berhadapan dengan serangan penggnas, adalah lebih tinggi berbanding dengan kegagalan teknikal,” kata Sherif Fathy dalam satu sidang akhbar di Kaherah hari ini.
Beliau bagaimanapun masih belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kehilangan pesawat.
Serpihan berkemungkinan pesawat ditemui
Beberapa serpihan berkemungkinan milik pesawat EgyptAir MS804 yang hilang telah ditemui di perairan Pulau Crete di Greece ketika usaha mencari pesawat yang hilang di lautan Mediterranean diperhebatkan.
Menurut sumber tentera Greece yang memaklumkan kepada AFP, beberapa kapal telah dihantar ke lokasi terbabit.
“Terdapat beberapa penemuan di tenggara perairan Pulau Crete, di kawasan laluan pesawat yang diketahui,” kata jurucakap tentera, Vassilis Beletsiotis.
Beliau turut memaklumkan sebuah pesawat Mesir jenis C-130 telah mengesan beberapa objek terapung, dan kapal telah dikerahkan ke lokasi terbabit.
Pesawat menjunam dari ketinggian 22,000 kaki
Pesawat EgyptAir MS804 yang hilang dari radar pada Khamis telah menjunam dan berpusing dari ketinggian 22,000 kaki sebelum hilang, kata Menteri Pertahanan Greece.
Juruterbang juga ada menghubungi pengawal udara Greece 25 minit sebelum hilang, namun tidak melaporkan sebarang masalah.
BERITA DI SINI
Pesawat disahkan 'terhempas'
Presiden Perancis sahkan pesawat ‘terhempas’
Francois Hollande hari ini mengesahkan pesawat EgyptAir MS804 yang hilang dari radar pada Khamis telah ‘terhempas’ di Laut Mediterranean lapor AFP.
“Kita mesti pastikan yang kita mengetahui semua punca berlakunya kejadian ini. Tiada sebarang hipotesis (andaian) yang boleh dinafikan ,” katanya dalam ucapan secara langsung.
Sementara itu pejabat pendakwaraya Perancis telah membuka kertas siasatan terhadap punca nahas itu.
Pesawat terhempas ke selatan Pulau Karpathos - Sumber
Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar sewaktu dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah pada awal Khamis terhempas di lautan ke selatan Pulau Karpathos, Greece, seorang sumber pihak berkuasa penerbangan Greece memaklumkan kepada agensi berita AFP.
Pegawai terbabit turut berkata komunikasi terakhir antara juruterbang adalah tiga minit sebelum pesawat itu hilang dari radar, dan tiada panggilan kecemasan dilaporkan.
BERITA DI SINI
Tiada warganegara Malaysia terlibat
Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada warganegara Malaysia terbabit dalam insiden pesawat Egyptair MS804 yang dilaporkan hilang dari radar semasa melintasi Laut Mediterranean dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah.
Kementerian luar mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan selepas insiden itu disahkan oleh syarikat penerbangan Egyptair.
BERITA DI SINI
[VIDEO] Tiada warganegara Malaysia terlibat
Tentera Mesir nafi terima isyarat kecemasan dari pesawat
Tentera Mesir menafikan telah menerima apa-apa isyarat kecemasan dari pesawat malang tersebut, lapor AFP
Pesawat malang buat panggilan kecemasan
Portal berita antarabangsa AFP melaporkan pesawat MS804 itu telah menghantar isyarat kecemasan sekitar 4.26 pagi (waktu tempatan) kira-kira dua jam selepas ia hilang dari radar.
Keadaan di kaunter EgyptAir, Lapangan Terbang Charles de Gaulle
EgyptAir dedah kewarganegaraan penumpang dan anak kapal
the passengers' nationalities are as follows:
— EGYPTAIR (@EGYPTAIR) May 19, 2016
- 15 French
- 30 Egyptian
- 1 British
- 1 Belgium
- 2 Iraqis
- 1 Kuwaiti
- 1 Saudi
EgpytAir buka talian untuk ahli keluarga
EGYPTAIR has offered toll-free numbers for passengers' relatives as follow:
— EGYPTAIR (@EGYPTAIR) May 19, 2016
080077770000 from any landline in Egypt.
EgpytAir buka talian antarabangsa untuk ahli keluarga
and +202 25989320 from any mobile phone or from outside Egypt.
— EGYPTAIR (@EGYPTAIR) May 19, 2016
MS804 membawa 56 penumpang - EgyptAir
An informed source at EGYPTAIR declared that its flight number MS804 had 56 passengers on board.
— EGYPTAIR (@EGYPTAIR) May 19, 2016
MS804 membawa 3 pegawai keselamatan dan 7 anak kapal
including 1 child and 2 infants in addition to 3 EGYPTAIR security personnel and 7 cabin crew with a total of 66 persons on board.
— EGYPTAIR (@EGYPTAIR) May 19, 2016
Pesawat EgyptAir hilang
Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang daripada radar selepas berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam (waktu tempatan), menurut EgyptAir dalam Twitter rasminya hari ini.
Aplikasi radar pemantauan trafik udara, Flight Radar 24 menyatakan, lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah di Laut Mediterranean sebelum ia memasuki ruang udara Mesir.
Baca di sini.
[VIDEO] Pesawat Egypt Air hilang dari radar
Pesawat EgyptAir MS804 berlepas dari Paris
Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dan dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris pada 10.45 malam (waktu tempatan) hanya memulakan penerbangan pada 11.09 malam (waktu tempatan) Rabu.
Pesawat tersebut membawa 56 penumpang dan 10 anak kapal.