Gempa susulan, bantuan tentera dan solat ghaib
Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (NU) mengesyorkan kepada seluruh anggotanya agar mengadakan solat ghaib dan tahlil untuk korban gempa Aceh, sebagai tanda sokongan kepada waris mangsa.
"PBNU mengarahkan barisan pengurusan Nahdlatul Ulama di semua peringkat dan kepada semua sekolah agama pondok, masjid, dan surau untuk menganjurkan solat ghaib dan tahlil untuk kesemua mangsa korban Aceh 2016," ujar satu kenyataan di laman web rasmi NU.
Untuk artkel penuh, sila BACA DI SINI.
Tentera Indonesia tambah anggota bantuan
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Gatot Nurmantyo telah menyusul ke Aceh untuk mengiringi penghantaran bantuan kesihatan dan usaha menangani situasi pasca gempa.
TNI juga telah menggerakkan lebih 1,000 anggota untuk tujuan bantuan.
Portal berita Detik.com melaporkan, beliau akan terus ke Pidie Jaya awal pagi hari ini.
Selain penghantaran bantuan kesihatan, turut bersama beliau adalah ratusan anggota TNI
yang terdiri daripada tentera darat dan marin, serta Badan SAR Nasional (Basarnas). Selain itu, terdapat juga kumpulan doktor pakar, doktor awam dan pegawai kesihatan.
Berdasarkan data terakhir, hampir 100 orang maut dalam bencana gempa itu, khususnya di tiga daerah Pidie Jaya, Bireun, dan Pidie. Sebahagian mangsa sudah dikenal pasti dan sebahagian lagi masih dalam proses pendataan.
Ada juga laporan mangsa yang masih belum ditemui namun dipercayai turut terkorban.
Operasi SAR di Aceh tidak semudah disangka
Malaysia kongsi perasaan sedih Indonesia - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia, hari ini.
"Takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi Aceh. Malaysia berkongsi perasaan sedih Indonesia," kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitternya.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
M'sia sedia hulur sebarang bantuan diperlukan - PM Najib
Takziah kpd keluarga mangsa tragedi gempa bumi Aceh. Malaysia brkongsi perasaan sedih Indonesia & sedia hulur sebarang bantuan yg perlu
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 7, 2016
Ratapan keluarga mangsa
Angka korban meningkat sekali ganda - Tentera
Angka korban susulan gempa bumi 6.5 magnitud yang melanda Aceh, Indonesia pagi ini telah meningkat sekali ganda kepada 97 orang, kata jurucakap tentera.
“Sehingga kini 97 orang telah terbunuh dan angka korban akan meningkat,” kata Ketua Tentera Wilayah Aceh, Tatang Sulaiman kepada agensi berita AFP.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Pengalaman pelancong Malaysia
Siren kecemasan mengejutkan pelancong dan penduduk tempatan di sekitar Banda Aceh, Aceh, Indonesia yang sedang tidur sewaktu gegaran berukuran 6.4 skala Richter berlaku pagi tadi.
Seorang pelancong Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Azreen, berkata dia dan suami yang menginap di sebuah hotel di sana, dikejutkan dengan gegaran dan siren kecemasan tanda evakuasi segera kira-kira pukul 5 pagi tadi (waktu Malaysia 6 pagi).
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Warga Malaysia selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri mengesahkan 428 pelajar Malaysia di Banda Aceh, Indonesia berada dalam keadaan selamat susulan gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda daerah Pidie Jaya awal pagi tadi.
Kementerian itu dalam satu kenyataan turut memaklumkan warga Malaysia memerlukan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Angka kematian cecah 52 orang
BREAKING: Death toll reaches 52 in quake in Indonesia's Aceh - disaster agency official pic.twitter.com/Th78GmVz9T
— Reuters Top News (@Reuters) December 7, 2016
Angka korban dijangka bertambah
Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Penanggulangan (Pengurusan) Bencana Aceh Heni Via memberitahu, angka korban masih bertambah, lapor portal berita Kanal Aceh.
Sementara itu, pasukan SAR yang bergabung tenaga bersama orang awam terus menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa.
“Pasukan SAR masih fokus melakukan pencarian. Sampai sekarang, terdapat puluhan rumah kedai yang musnah, maka angka korban dijangka bertambah,” terang Heni.
Lebih 40 maut
Dalam perangkaan terbaru, sekurang-kurangnya 41 orang terkoban manakala ratusan yang lain cedera akibat gempa bumi di Aceh, lapor AFP.
"Data terkini yang kami terima adalah 41 orang maut," ujar Ketua Pejabat Kesihatan di Pidie Jaya, Said Abdullah.
Pasukan SAR dikerahkan ke lokasi
Prepare Tim Urban SAR, Perbantuan Ops Gempa Di Aceh @SAR_NASIONAL #SAR #Gempa pic.twitter.com/3Wqt2lt6oc
— BSG (@Special_Rescue_) December 7, 2016
15 pelajar UiTM Shah Alam dalam program akademik di Banda Aceh selamat
Sejumlah 15 orang pelajar Malaysia dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang kini mengikuti Program Mobiliti Pelajar, ‘Meaningful Academic Visit to Banda Aceh’, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Mereka yang mengikuti rombongan, diketuai penasihat program Timbalan Dekan PJI & Alumni, Prof Dr Azizah Hanom Ahmad, berada dalam jarak selamat daripada kawasan gempa bumi.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Pelajar Malaysia kongsi pengalaman
Mencari dan menyelamat
Berganding tenaga bantu mangsa
Doakan Aceh! Dilanda gempa bumi hari ini. Berukuran 6.4 skala Richter. Ramai dilaporkan terkorban dan cedera. pic.twitter.com/eTv95CzeVg
— Malek Hussin (@AbdMalekHussin) December 7, 2016
Palang Merah Indonesia hulurkan bantuan
PMI telah disiapkan 21 tim tanggap darurat untuk melakukan evakuasi, menyiapkan perintah lapangan kiriman Pidie Jaya @palangmerah pic.twitter.com/uKLnparrIc
— PMI Kota Banda Aceh (@PMIbandaaceh) December 7, 2016
Palang Merah Banda Aceh hantar keperluan
PMI telah disiapkan 21 tim tanggap darurat untuk melakukan evakuasi, menyiapkan perintah lapangan kiriman Pidie Jaya @palangmerah pic.twitter.com/uKLnparrIc
— PMI Kota Banda Aceh (@PMIbandaaceh) December 7, 2016
Jokowi utus Teten Masduki ke lokasi bencana
Presiden Joko Widodo yang sudah mendapat laporan mengenai gempa Aceh telah mengutus Ketua Staf Kepresidenan, Teten Masduki, untuk berangkat ke lokasi
Jokowi juga meminta pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mengikut bidang kuasa masing-masing.
Kompas.com melaporkan, Jokowi belum merancang untuk melawat lokasi bencana.
Netizen Indonesia mula berkongsi gambar kesan bencana
Turut berduka cita atas terjadinya gempa di Aceh tadi subuh. Semoga yang terkena musibah di beri ketabahan dan kekuatan. pic.twitter.com/GBgO548nwZ
— Fakta Agama (@FaktaAgama) December 7, 2016
Laporan daripada Bima Marzuki, Penerbit Kanan Kompas TV
Hospital sesak
Ratusan mangsa cedera akibat gempa bumi Aceh dikejarkan ke Rumah Sakit (Hospital) Teungku Chik di Tiro di Kabupaten Pidie Jaya kerana hospital di Sigli sudah tidak mampu menampung pesakit, lapor agensi berita Antara.
Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Kabupaten Pidie, Murthala, hospital di Kota Sigli sudah sesak dengan mangsa yang memerlukan bantuan perubatan, hinggakan ramai pesakit terpaksa ditempatkan di luar ruang rawatan, malah ada yang direhatkan di atas lantai.
Laporan awal di Buletin Awani
Runtuhan musnahkan harta benda dan nyawa
Kondisi Aceh Pasca gempa 6.4 SR Pidie Jaya @palangmerah @BNPB_Indonesia pic.twitter.com/s4yARxGnDB
— PMI Kota Banda Aceh (@PMIbandaaceh) December 7, 2016
Perkongsian video
Kiriman video >#GempaAceh dari teman saya di Aceh... pic.twitter.com/y6uY2PyRQ0
— BUNG PARNO (@BoengParno) December 7, 2016
Cari lokasi selamat
Setelah dikejutkan dengan gegaran gempa bumi, orang ramai bertempiaran ke luar rumah dan bangunan untuk menyelamatkan diri.
Ramai yang memilih lokasi yang lebih selamat termasuk kawasan bukit, lapor Detiknews.
Di Pidie Jaya, suasana awal pagi menjadi lebih sibuk apabila orang ramai mencari arah tuju masing-masing, sama ada berjalan kaki atau menaiki motosikal atau kereta.
Banyak bangunan mengalami kerosakan termasuk kediaman persendirian, sekolah, rumah kedai dan masjid.
Lokasi pusat gempa
13:02WIB 7-Des-2016#Gempa Mag:4,4 Aceh
— WaspadaGempa! (@InfoGempaa) December 7, 2016
22km baratlaut Glecut, Pidie Jaya
kedalaman 9km pic.twitter.com/EFjItVAAwI
Lari bertempiaran
Gegaran kuat selama 2 hingga 3 minit yang terjadi waktu Subuh itu membuatkan warga tempatan panik dan mula berlari keluar dari kediaman mahupun bangunan seperti hotel.
Portal berita Kompas melaporkan, tetamu yang menginap di Hotel Oasis di Leung Bata, Banda Aceh juga bertempiaran keluar dalam ketakutan.
Ramai antara mereka termasuk pelancong asing sedang lena tidur sewaktu gegaran pertama berlaku. Mereka lantas terjaga dan terus melarikan diri sehelai sepinggang mengikut laluan kecemasan. Lebih menambahkan debar, lampu di laluan berkenaan juga terpadam.
Lebih 20 terkorban, ramai lagi cedera
Lebih 20 dilaporkan maut dan ramai lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Pidie Jaya, Aceh awal pagi ini, menurut laporan media di Indonesia.
Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Data ukuran gegaran itu turut dikeluarkan Data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.
BACA: Gempa bumi Aceh: Lebih 20 terkorban, ramai lagi cedera