Legenda F1 Sir Stirling Moss meninggal dunia di usia 90 tahun pada Ahad setelah bergelut sekian lama dengan penyakit yang dihidapinya.
"Mendiang hanya menutup matanya," kata isteri mendiang Susie Moss kepada media tempatan pada Ahad.
Ucapan takziah memenuhi ruang media sosial susulan khabar pemergian mendiang tersebar.
"Hari ini kita ucapkan selamat tinggal kepada Sir Stirling Moss, seorang legenda perlumbaan," kata penyandang juara dunia Lewis Hamilton di akaun Instagram.
"Saya rasa mendiang merupakan contoh terbaik seorang pemandu kereta lumba. Dia berjalan, bercakap dan bertindak seperti pemandu kereta lumba," kata juara dunia tiga kali Jackie Stewart.
"Sir Stirling Moss telah tiba di garisan penamat, dan ia satu perlumbaan yang hebat buatnya. Pemandu yang hebat dan seorang yang disegani. Takziah," kata bekas penyerang England Gary Lineker di akaun Instagram.
Media British melaporkan Moss meninggal dunia akibat jangkitan ketika berada di Singapura pada Disember 2016.
Dianggap sebagai pemandu kereta lumba terhebat, mendiang bagaimanapun tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dunia.
Dalam kariernya selama 14 tahun, Moss mencatat 212 kejayaan dalam 529 perlumbaan yang disertainya.
Beliau pernah menduduki tempat kedua dalam perlumbaan F1 pada tahun 1955 hingga 1958, dan ketiga setiap tahun pada 1959 hingga 1961.
Moss memenangi 16 grand prix dan terlepas memenangi gelaran pada 1958 dengan hanya ketinggalan satu mata kepada Mike Hawthorn, walaupun memenangi empat perlumbaan dengan Hawthorn.
Pada tahun 1959, kereta Moss mengalami kerosakan pada perlumbaan akhir di Florida ketika beliau berada di hadapan sekali gus menafikan peluangnya untuk merebut gelaran.
Moss pernah mengungkapkan kata-kata: "Saya harap saya akan terus digambarkan sebagai pemandu terhebat yang tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dunia, tetapi ia tidak begitu penting.
"Perkara paling penting bagi saya adalah mendapatkan rasa hormat daripada pemandu lain dan saya fikir saya sudah mendapatkannya."
Moss juga tidak terlepas peluang untuk berlumba bersama Jack Brabham dalam kejohanan Bathurst 1000 pada 1976.
Moss bersara pada 1962 akibat kemalangan yang menyebabkan beliau koma selama sebulan.
Punca kematiannya tidak dikaitkan dengan koronavirus.
Astro Awani
Sun Apr 12 2020
Stirling Moss meninggal dunia di usia 90 tahun setelah bergelut sekian lama dengan penyakit yang dihidapinya. -Reuters
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.
Sungai Yamuna di India terus tercemar dengan kumbahan
Sungai Yamuna di India, salah satu sungai yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu, terus dicemari dengan buih toksik yang timbul di permukaannya.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Legenda musik antarabangsa, Quincy Jones meninggal dunia
Legenda musik Amerika Syarikat, Quincy Jones, 91, dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad.
Menurut pegawai publisitinya, Arnold Robinson, Quincy yang lebih dikenali sebagai meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles.
Menurut pegawai publisitinya, Arnold Robinson, Quincy yang lebih dikenali sebagai meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles.
36 maut dalam nahas bas di negeri Uttarakhand, India
Bas itu terjatuh ke dalam gaung yang dalam di kawasan Marchula, Daerah Almora, kira-kira 250 kilometer dari ibu negeri Dehradun
Kebisuan PBB menambah derita rakyat Palestin - Hamid Albar
Kekejaman Israel membunuh puluhan ribu rakyat Palestin cukup kejam dan ia lebih jijik apabila mereka dengan bangganya meraikan setiap nyawa yang diragut.
Bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan kezaliman mereka seperti tiada penghujung apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak walaupun Israel jelas melanggar perundangan antarabangsa.
Bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan kezaliman mereka seperti tiada penghujung apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak walaupun Israel jelas melanggar perundangan antarabangsa.
Persepsi buruk terhadap imigran, mampu mengundang kekalahan Trump
Persepsi buruk calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden yang akan berlangsung pada Selasa.
Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan yang besar dalam membantu pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat yang ke-47.
Legenda F1 Stirling Moss meninggal dunia
Dianggap sebagai pemandu kereta lumba terhebat, mendiang bagaimanapun tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dunia.