Dalam satu kes jenayah yang disifat amat mengejutkan masyarakat setempat, seorang lelaki ditahan selepas didakwa merogol anaknya sendiri sebelum turut menjemput dua rakan sekongkolnya untuk turut 'menjamah' mangsa.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 15 April lalu di bandar Sitapur dalam negeri Uttar Pradesh, India.
Menurut jurucakap polis, Martand Prakash Singh, mangsa yang berusia 35 tahun itu hanya membuat laporan polis pada hari kemudiannya.
Meskipun salah seorang suspek telah ditahan, bapa mangsa dan seorang lagi rakannya telah menghilangkan diri.
“Mangsa mempunyai seorang anak lelaki. Dia pernah berkahwin 20 tahun lalu tetapi telah berpisah, dan kini tinggal bersama ayahnya,” kata pegawai polis itu sewaktu menerangkan fakta kes.
Pada 15 April lalu, suspek telah membawa anaknya itu menghadiri sebuah pesta tahunan sekitar 70 kilometer dari ibu kota Lucknow. Dia kemudianya memanggil rakannya untuk turut serta, kata polis.
Rakan pelaku dikatakan sememangnya sering menjadi pasangan untuk mereka melakukan jenayah.
Suspek kemudiannya berjaya memperdayakan mangsa untuk pergi ke rumah salah seorang rakan lain mereka. Wanita malang itu telah dikurung di dalam sebuah bilik lebih 18 jam dan dirogol bergilir-gilir.
Mangsa bagaimanapun berjaya meloloskan diri dan pulang ke rumah sebelum menceritakan penderitaannya kepada pihak polis.
November tahun lalu, lelaki terbabit pernah ditahan selepas penduduk membuat aduan dia menjalani hubungan terlarang dengan anaknya itu. Namun dia dibebaskan dengan jaminan pada Februari lalu.