Selamatkah servis urutan tradisional yang sering menjadi tumpuan kebelakangan ini?
Persoalan itu tular di media sosial di negara Gajah Putih sejak Sabtu apabila berlaku kematian membabitkan seorang yang mendapatkan khidmat urutan di sebuah premis di sana.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ton baru 10 minit diurut sebelum dia tiba-tiba menghembuskan nafas terakhir, lapor portal berita tempatan Sanook dan Amarin.
Terdahulu mangsa dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakan sebelum mengadu sakit akibat terkehel pada bahagian buku lalinya.
Ton kemudian mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan.
Namun seminggu kemudian, mangsa bersama beberapa rakannya pergi ke pasar terapung. Ketika di sana dia mengadu sakit pada kakinya dan mahu mendapatkan khidmat urutan.
Mangsa dikatakan baru berada di dalam premis itu selama 10 minit sebelum dia dilaporkan berhenti bernafas.
Malang baginya apabila ambulans hanya tiba 30 minit kemudian menyebabkan mangsa gagal diselamatkan.
Autopsi terhadap mayat mendapati mangsa mati akibat darah beku.
Isteri mangsa menerima takdir kematian suaminya dan tidak menyalahkan kedai urut terbabit serta enggan membuat laporan polis.
Kedai urutan Thai terbabit bagaimanapun dilapor memberikan sumbangan sebanyak 40,000 baht (kira-kira RM5,100) kepada keluarga mangsa.
Agensi
Sun Nov 04 2018
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ton baru 10 minit diurut sebelum dia tiba-tiba menghembuskan nafas terakhir. -Gambar hiasan
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Lionel Messi terlepas MLS All-Star ekoran kecederaan buku lali
Kapten Argentina itu mengalami kecederaan semasa kemenangan final Copa America ke atas Colombia pada 14 Julai.
Terbuka Miami: Andy Murray lanjut tempoh rehat susulan kecederaan buku lali
Murray rebah ke lantai selepas cedera di pergelangan kakinya ketika berlari ke arah jaring untuk mendapatkan pukulan.
Kane mungkin berehat beberapa minggu selepas cedera dua belah buku lali
Penyerang kebangsaan England itu tidak dapat diturunkan dalam babak kedua di Stadium Tottenham Hotspur selepas menjalani rawatan sebanyak dua kali dalam 45 minit pertama.
Everton sahkan Gomes retak, terkehel buku lali
Andre Gomes akan menjalani pembedahan awal pagi Isnin selepas mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham.
Lelaki mati selepas 10 minit terima urutan tradisional Thai
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ton baru 10 minit diurut sebelum dia tiba-tiba menghembuskan nafas terakhir.
Sane cedera buku lali
Dua gol babak pertama daripada Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling membawa pemimpin Liga Perdana Inggeris itu ke pusingan ke-5, namun kemenangan terganggu selepas Sane tidak dapat bermain babak kedua.