Seorang wanita dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi di bandar.
Dalam kejadian yang berlaku di Rusia, mangsa Viktoria Povesma, 20, mengunjungi flat suspek Alexander Altapov, 30, yang baru saja dikenalinya.
Ketika berada di kediaman suspek, mahasiswi jurusan seni bina itu tiba-tiba ditarik ke sebuah sofa lalu dirogol suspek sebanyak dua kali.
Ketika kejadian, insiden keji itu turut disaksikan teman wanita suspek bernama Ekaterina yang hanya melihat saja perilaku keji teman lelakinya itu.
Bimbang tindakan jijiknya diketahui umum, suspek bertindak mencekik mangsa hingga mati.
Alexander kemudian mengheret mayat mangsa ke bilik air sebelum bertindak mengerat-ngeratnya kepada beberapa bahagian dengan dibantu Ekaterina yang memasukkan cebisan mayat ke dalam beg plastik.
Mayat mangsa dibuang di beberapa lokasi di bandar.
Kepala Viktoria ditemukan di sebuah kebun botani di bandar Tomsk di Siberia, manakala bahagian tubuh lain dijumpai di tempat pembuangan sampah di beberapa lokasi di bandar.
Tertuduh yang disabitkan dalam pembunuhan pada Julai 2017 itu menunjukkan bagaimana dia membunuh mangsa menggunakan patung ketika dihadapkan ke mahkamah.
Alexander dijatuhi hukuman penjara hampir 25 tahun pada Rabu kerana merogol, membunuh dan memenggal kepala mangsa di hadapan teman wanitanya.
Teman wanitanya Ekaterina dilapor bakal berdepan pertuduhan melindungi jenayah tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur, menurut sumber yang dipetik daripada portal Daily Mail.
Astro Awani
Thu Dec 27 2018
Viktoria Povesma (kanan) dibunuh Alexander Altapov dengan dibantu Ekaterina (kiri). -Foto Daily Mail
Banjir memburuk, cecah 123,729 mangsa seluruh negara
Banjir di sembilan negeri seluruh negara bertambah buruk dengan bilangan mangsa sudah mencecah 123,729 orang.
Op Khas Motosikal: lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
JPJ mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.
Johor berpotensi hos bola sepak Sukan SEA 2027
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan Johor sebagai pilihan terbaik untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Beliau menjelaskan bahawa Johor mempunyai kelebihan dengan fasiliti moden dan berkelas antarabangsa, menjadikannya sesuai sebagai venue untuk sukan bola sepak.
Beliau menjelaskan bahawa Johor mempunyai kelebihan dengan fasiliti moden dan berkelas antarabangsa, menjadikannya sesuai sebagai venue untuk sukan bola sepak.
Lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara, bagi tempoh 29 hari sejak operasi itu dilancarkan 1 November
NGO ditawar RM100,000 sumbangan, tapi perlu publisiti
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), meluahkan rasa kecewa selepas menerima tawaran sumbangan RM100,000 daripada individu yang didakwa menetapkan syarat publisiti wajib untuk misi bantuan banjir mereka.
Pengasas bersama Kembara Kitchen, William Cheah, mendakwa tindakan tersebut lebih menjurus kepada agenda promosi berbanding niat tulus untuk membantu mangsa bencana.
Pengasas bersama Kembara Kitchen, William Cheah, mendakwa tindakan tersebut lebih menjurus kepada agenda promosi berbanding niat tulus untuk membantu mangsa bencana.
Air Sungai Kelantan mulai melimpah ke Bandar Kota Bharu
Tinjauan Polis Kelantan mendapati air di hadapan Bangunan UMNO Kelantan sudah mencecah 0.23 meter.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Banjir: Penternak rusa di Pasir Mas bimbang kandang ternakan tenggelam
Seorang penternak bimbang kandang rusa miliknya di Kampung Apam Kepas Lati, di sini akan ditenggelami banjir jika hujan lebat sejak empat hari lepas masih berterusan.
Banjir Johor: 425 mangsa di PPS Tangkak dan Segamat, 3 sungai catat paras bahaya
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, sebanyak sembilan PPS dibuka di dua daerah terbabit sejak Jumaat.
Ancaman tarif Trump perlu dipandang serius - PM Kanada Trudeau
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata ancaman tarif oleh Presiden AS yang bakal dilantik, Donald Trump, perlu dipandang serius.
Lelaki rogol, kerat mayat mahasiswi depan teman wanita
Ketika berada di kediaman suspek, mahasiswi jurusan seni bina itu tiba-tiba ditarik ke sebuah sofa lalu dirogol sebanyak dua kali.