POLIS Jerman bertindak menahan seorang lelaki selepas dia didapati menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

Perkara berkenaan dikongsikan pihak berkuasa Brandenburg menerusi dua keping gambar yang dimuat naik ke laman Twitter yang memperlihatkan lelaki itu hanya memakai selipar dan topi keledar.

Ketika ditanya sebab mengapa dia menunggang dalam keadaan bogel, Alasannya, cuaca yang sangat panas di negara itu dalam satu kejadian pada Rabu.

Menurut laporan agensi berita AFP, posting itu disertakan dengan kapsyen:

“Kami terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa.”

Ia turut disertakan dengan tanda pagar #heat dan #safetyfirst.


BERITA BERKAITAN: Tular penunggang motosikal bogel di Batu Pahat

BERITA BERKAITAN: Perogol diarak tanpa seurat benang, ditampar penduduk wanita geram

BERITA BERKAITAN: Berbogel gara-gara gaduh dengan bekas suami

Dalam pada itu, ciapan berkenaan menjadi perbalahan dalam kalangan netizen sebelum polis tampil menjelaskan lelaki berkenaan tidak melanggar sebarang peraturan jalan raya dan tidak ada laporan yang diterima mereka.

Terdahulu, musim panas yang melanda utara Eropah mencetuskan kebimbangan banyak pihak susulan pelbagai masalah timbul termasuk kemarau, kebakaran hutan, menjejaskan hasil tanaman dan hospital dipenuhi dengan pesakit yang mendapatkan rawatan akibat selaran matahari.

Suhu terpanas dicatatkan di Sweden dan menyaksikan golongan petani mula menyembelih haiwan-haiwan ternakan mereka berikutan tiada bekalan rumput untuk dijadikan bahan makanan.

Jerman dan Britain turut berdepan dengan masalah kebakaran hutan susulan kemarau yang melampau.