Aktor ternama Hollywood Leonardio DiCaprio pada Isnin menyeru kerajaan-kerajaan bertindak dengan lebih agresif untuk menangani ancaman kebakaran di hutan Amazon, sambil menyifatkannya sebagai suatu yang amat tragik.
Reuters melaporkan usaha memadamkan kebakaran yang dilakukan sekarang ini, menurut DiCaprio, tidak memadai meskipun masyarakat dunia sudah menzahirkan kebimbangan dan kemarahan tentang bencana yang memusnahkan hutan hujan terbesar di dunia itu.
Titik kebakaran yang belum susut di hutan tersebut mencetuskan rasa takut bagi masyarakat dunia memandangkan hutan Amazon begitu penting peranannya untuk persekitaran global.
Hutan itu sahaja menghasilkan satu per lima daripada oksigen di planet Bumi.
DiCaprio menyuarakan perkara itu sehari selepas majlis Earth Alliance, iaitu sebuah inisiatif yang diasaskan bersama dermawan Laurene Powell Jobs dan Brian Sheth.
Inisiatif itu telahpun melancarkan dana permulaan berjumlah AS$5 juta untuk melindungi hutan Amazon.
BACA: Titis hujan tak mampu padamkan 'raksasa api' Amazon
BACA: Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan kemusnahan
BACA: Hutan Amazon terbakar ekoran tindakan Presiden Bolsonaro utamakan pembangunan
"Kini ada tragedi besar yang berhubung kait di seluruh dunia iaitu tentang perubahan iklim, dan apa yang kini berlaku di Amazon, yang juga berperanan sebagai paru-paru dunia, begitu penting untuk melindungi kita pada masa depan.
"Kami cuba menggalakkan pihak lain untuk turut serta, bermaklumat dan menyumbang jika mereka mampu,” ujarnya ketika acara tayangan perdana filem Once Upon a Time in Hollywood di Jepun.
Tahun ini sahaja terdapat lebih 78,000 kes kebakaran hutan di Brazil, iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.
Pakar alam sekitar menuding jari kepada kumpulan spekulator yang sengaja membakar tanaman untuk membersihkan kawasan dengan harapan dapat menjual tanah itu kepada golongan peladang.
"Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia, termasuk Brazil, perlu bekerjasama demi memastikan perkara sebegini tidak berterusan.
"Paling penting adalah untuk melindungi hutan ini dan juga budaya pribumi di situ,” tegas DiCaprio.
DiCaprio, yang pernah mengunjungi Brazil dua tahun lalu untuk sama-sama dalam usaha memadam kebakaran bersama puak-puak pribumi, bercadang mahu kembali untuk tujuan yang sama.
Agensi
Wed Aug 28 2019

DiCaprio berkata paling penting adalah untuk melindungi hutan Amazon dan juga budaya pribuminya. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Leonardo DiCaprio rayu dunia bertindak tangani isu kebakaran hutan Amazon
Tahun ini sahaja terdapat lebih 78,000 kes kebakaran hutan di Brazil, iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Apabila Will Smith buat terjunan bungee di Grand Canyon
Bintang filem Men In Black itu membuat lompatan dari sebuah helikopter dan menjunam di antara cerun curam di Grand Canyon, Arizona.

Johnny Depp berdepan saman gara-gara terlalu boros, gagal bayar pinjaman
Pemegang peranan utama filem Pirates of the Caribbean itu didakwa membuat perbelanjaan beratus-ratus juta dolar yang melebihi kemampuan bayaran balik berdasarkan pendapatannya.