Kemeriahan tahunan dalam festival yang terkenal di seluruh dunia kerana melibatkan keseronokan bermain air tidak akan dilakukan secara besar-besaran tahun ini.
Penganjuran Festival Songkran, yang sering menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk ke ibu negara Thailand khususnya di beberapa lokasi penting, tahun ini hanya akan disambut pada skala yang sangat kecil.
Warga setempat akan menyambutnya secara sendiri tanpa ada penganjuran rasmi.
Media tempatan melaporkan, semua itu kerana pihak berkuasa tidak mahu sambutan tersebut bertembung dengan persiapan pertabalan raja baharu Thailand.
Thailand menyambut Songkran berdasarkan kiraan takwim tradisionalnya, dari 13 hingga 15 April. Ketika itu, orang awam akan menyimbah air antara satu sama lain di bawah kehangatan sinaran matahari.
Kawasan popular dalam kalangan pengembara backpacker, Khaosan Road, di Bangkok selalunya menyaksikan acara sambutan Songkran yang luar biasa, termasuk penaja-penaja yang menyediakan bekalan air tanpa had dan pelbagai kelengkapan untuk menembak air.
Namun, dengan istiadat rasmi pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mei, sambutan besar-besaran Songkran di Khaosan telah dibatalkan.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, satu lagi lokasi yang lazimnya terdapat sambutan meriah, iaitu di Silom Road, juga tiada penganjuran pada tahun ini.
Majlis bandar raya juga telah mengeluarkan arahan tentang pembatalan penganjuran di dua lokasi utama itu, termasuk peringatan supaya mereka yang masih mahu menyambutnya secara bersendiri, agar tidak boleh menggunakan pistol air tekanan tinggi, mengambil minuman keras, mahupun mengadakan persembahan hiburan umum.
Pembatalan penganjuran rasmi itu disahkan kepada Reuters oleh kumpulan-kumpulan perniagaan yang sering memberi penajaan dalam festival itu.
"Pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk istiadat pertabalan itu dan kami kita terletak di tengah-tengah kawasan utama di Bangkok. Jika kami meneruskan festival itu, ia akan menimbulkan kekecohan,” ujar Pengerusi Persatuan Peniaga Khaosan Road, Piyabutr Jiwaramonaikun.
Kedai-kedai akan meneruskan operasi seperti biasa namun mereka tidak akan memberikan bekalan air percuma dan serbuk warna seperti selalu.
"Para pelancong dan warga tempatan bagaimanapun masih boleh menyambut Songkran secara kecil-kecilan di kawasan itu, namun peniaga-peniaga tempatan tidak akan menganjurkan sebarang acara besar,” ujarnya.
Sumber rasmi juga menyebut, bahawa kawasan tersebut telah menerima arahan supaya tidak menganjurkan festival air itu.
Pihak berkuasa Bangkok telah menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan, termasuk membaik pulih jalan raya dan kawasan siar kaki, mengecat bangunan dan mengemas kini kabel elektrik.
"Tahun ini, sedikit saja yang akan menyambut Songkran, namun istiadat pertabalan raja akan menjadi acara besar yang akan disertai rakyat Thailand keseluruhannya dan kita semua perlu berkorban,” ujar Piyabutr.
Agensi
Sat Apr 06 2019
Songkran pada tahun ini hanya disambut dalam skala kecil, kerana ada acara lebih besar bakal berlangsung. - Gambar fail
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
MAVCOM jangka trafik penumpang udara kembali kepada waktu pra-COVID
Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai di antara 105.8 juta hingga 112.9 juta tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Tempoh perbicaraan rakyat Malaysia1501
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.