PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk dan tidak mengiktiraf tindakan Amerika Syarikat. mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Setiausaha Agong PBB Antonio Guterres berkata, sebarang tindakan mencemari rundingan yang masih berlangsung antara Palestin dan Israel adalah melanggar undang-undang antarabangsa.
Menurutnya, sejak hari pertama pertikaian itu dibangkitkan di New York, PBB menetapkan hanya rundingan langsung kedua-dua belah yang akan diiktiraf dunia.
"Dari hari ke hari sebagai Setiausaha Agung PBB, saya secara konsisten menegaskan sebarang langkah unilateral tidak akan diterima kerana ia akan menjejaskan prospek perdamaian bagi Israel dan Palestin.
"Baitulmuqaddis adalah isu status akhir yang mesti diselesaikan melalui rundingan langsung antara kedua-dua pihak berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung yang relevan," jelasnya pada sidang media tergempar di New York susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Tegas Guterres, tidak wujud pelan 'B' dalam pelan damai dan rundingan terbabit.
"Dalam waktu yang cukup genting ini saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa tiada alternatif kepada penyelesaian dua negara terbabit.
"Tidak ada Pelan B kerana semua isu status akhir diselesaikan secara kekal melalui rundingan, dan membawa aspirasi rakyat di kedua-dua pihak terlibat," tegasnya.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sidang tergempar pada Jumaat, khusus bagi membincang polemik terbaharu di Baitulmaqdis tersebut.
Susulan kebiadapan tindakan Trump itu, lapan dari 15 buah negara anggota telah bersetuju mesyuarat khas itu diadakan.
Negara terbabit adalah Perancis, Bolivia, Mesir, Italy, Senegal, Sweden, Britain dan Uruguay.
Hasil mesyuarat itu nanti bakal diumum Guterres selaku pengerusi Majlis Keselamatan.
Astro Awani
Thu Dec 07 2017

Guterres menegaskan, tidak wujud pelan 'B' dalam pelan damai dan rundingan antara Palestin dan Israel. - Gambar fail

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.
Awani Global: Gaza - Gencatan Senjata Penuh Dan Pelan Pembangunan Semula
Sejauh mana akan berlaku rundingan gencatan senjata sepenuhnya dalam menuju pelan pembangunan semula Gaza? Apakah strategi dan komitmen pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza yang berlandaskan prinsip undang-undang dan rangka kerja politik yang lebih jelas? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
AWANI Borneo [9/3/2025] – Jumlah Mangsa Meningkat | Perdagangan Karbon | Pitas Mula Berubah Wajah
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

Trump nafi pergeseran Rubio-Musk berhubung pengurangan pekerja persekutuan
Trump menyatakan bahawa Elon Musk dan Marco Rubio menjalankan tugas dengan cemerlang dan tiada pergeseran di antara mereka.

Perbicaraan warga Singapura kes curi mata wang kripto di AS pada 6 Okt
Mahkamah Amerika Syarikat (AS) menetapkan 6 Oktober tahun ini sebagai perbicaraan Malone Lam, lelaki warga Singapura yang didakwa mencuri dan melakukan pengubahan wang haram lebih US$230 juta.

Penangguhan bantuan AS kepada Ukraine langkah strategik dorong ke arah keamanan - Penganalisis
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini untuk menangguhkan bantuan ketenteraan negara itu kepada Ukraine telah menarik perhatian antarabangsa.

Ramai rakyat Amerika tidak bersetuju tarif ke atas China, Mexico, Kanada - Tinjauan
Sebanyak 63 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak menyokong keputusan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari China, Mexico dan Kanada.

Trump persoal pakatan keselamatan, Jepun suarakan 'keyakinan penuh' kepada AS
Jepun pada Jumaat menyuarakan "keyakinan penuh" bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu.

Trump sahkan AS 'sedang berbincang dengan Hamas'
Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

AS adakan perbincangan dengan Ukraine mengenai pertemuan di Arab Saudi
Perbincangan itu susulan surat daripada Zelenskyy kepada Trump, yang disifatkan oleh Witkoff sebagai "langkah pertama yang positif".

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah Piala Dunia Kelab
US$1 bilion diperuntukkan kepada pasukan bertanding, tambahan US$100 juta sebagai bayaran solidariti kepada kelab yang tidak layak.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.