Pasangan itu membuat pengumuman tersebut melalui satu kenyataan di laman Facebook Zuckerberg, hari ini.
"Saya dan Priscilla mempunyai berita yang baik: kami bakal timbang bayi perempuan" tulis Zuckerberg kepada 33 juta pengikutnya di Facebook.
Dalam posting tersebut, pengasas berusia 31 tahun itu mendedahkan bahawa isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali sebelum ini. Sehubungan insiden keguguran tersebut, isteri mogul media sosial itu berkata peluang untuk dirinya mengandung lagi tipis.
Zuckerberg berkata, mereka membuat keputusan untuk berkongsi pengalaman itu untuk membantu orang lain yang berada dalam situasi yang sama.
“Kami berharap pengalaman kami akan memberikan harapan kepada mereka yang sedang melalui apa yang kita lalui.
"Kebanyakan orang tidak berkongsi pengalaman keguguran kerana mereka bimbang perkara itu akan mencerminkan diri mereka, seolah-olah mereka tidak bernasib baik. Jadi mereka sering bergelut sendiri," tulis Zuckerberg di laman Facebooknya.
Bakal bapa itu juga menyatakan bahawa beliau yakin anak perempuannya sudah bersedia untuk berjuang bersamanya dalam menjayakan tanggungjawab serta impiannya.
"Ketika sesi ultrasound kami, dia menunjukkan isyarat “thumbs up” dengan jarinya, jadi saya sudah yakin dia akan membatasi saya," katanya.
Sejurus selepas kenyataan itu dikongsi, ramai para netizen melahirkan ucapan tahniah dan syukur kepada pasangan tersebut.
Gambar diperoleh dari Facebook Mark Zuckerberg