MAYAT yang dikesan di dalam bangkai pesawat yang membawa pemain Cardiff City, Emiliano Sala, dan juruterbang David Ibbotson, telah berjaya dibawa keluar, kata penyiasat.
Menurut Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB), kenderaan kawalan jauh (ROV) digunakan dengan begitu cermat untuk mengeluarkan mayat itu dalam operasi yang sangat mencabar, susulan keadaan cuaca buruk.
Mayat itu kemudiannya dibawa ke Isle of Portland sebelum diserahkan kepada unit forensik di Dorset.
Agensi tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mayat berkenaan.
Bangkai pesawat itu dikesan pasukan penyiasat persendirian pada Isnin selepas ia dilaporkan hilang pada 21 Januari lepas.
Dua kusyen kerusi yang dipercayai dari pesawat malang itu turut ditemui di pesisiran pantai Perancis.
Pada Selasa, pasukan itu berjaya mengesan mayat di dalam bangkai pesawat.
BACA: Pencarian Emiliano Sala: Mayat dikesan dalam pesawat
BACA: Keluarga Sala mahu pencarian diteruskan
Pesawat itu bagaimanapun masih di berada di dasar Selat Inggeris pada kedalaman 67 meter, 34 kilometer dari pesisiran pantai Guernsey.
Usaha mengeluarkan bangkai pesawat itu terhenti seketika dan akan disambung semula apabila keadaan cuaca bertambah baik.
BACA: Nantes tuntut bayaran pembelian Sala
BACA: Pesawat bawa pemain termahal Cardiff City hilang, dikhuatiri terhempas
Pesawat tersebut membawa penyerang warga Argentina berusia 28 tahun itu, dan Ibbotson, 59 tahun, dari Nantes, barat laut Perancis, menuju ke Cardiff selepas Sala melengkapkan perpindahannya ke Cardiff City yang bernilai 15 juta paun Sterling (RM80 juta).
Astro Awani
Thu Feb 07 2019

Pesawat itu bagaimanapun masih di berada di dasar Selat Inggeris pada kedalaman 67 meter, 34 kilometer dari persisiran pantai Guernsey. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dalam pesawat Emiliano Sala berjaya dikeluarkan
Mayat itu dibawa ke Isle of Portland sebelum ia diserahkan kepada unit forensik di Dorset.

Pencarian Emiliano Sala: Mayat dikesan dalam pesawat
Pasukan pencarian kini berusaha untuk mengeluarkan pesawat itu secepat mungkin bagi mengakhiri penantian keluarga Sala.

Pesawat Emiliano Sala akhirnya ditemui di dasar Selat Inggeris
Penemuan itu dibuat pasukan penyiasat persendirian selepas pesawat itu dilaporkan hilang pada 21 Januari lepas.