Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Perancis memaklumkan tindakan itu bertujuan mencari bangkai pesawat malang tersebut.
Ia dibuat susulan permintaan daripada Presiden dan Perdana Menteri Perancis berdasarkan keperluan siasatan.
Malaysia pada Khamis mengesahkan bahagian sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada minggu lalu adalah milik MH370 yang hilang pada Mac 2014.
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi.