Selepas kematian Violet Mosse Brown dari Jamaica pada usia 117 tahun, kini takhta wanita tertua di dunia disandang oleh seorang wanita warga Jepun, Nabi Tajima yang juga berusia 117 tahun.
Nabi yang dilahirkan pada 4 Ogos 1900 di bandar Kikai, wilayah Kagoshima direkodkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness, lapor portal berita The Sun.
Dalam pada itu, dia buat pertama kalinya berkongsi rahsia di sebalik usianya yang mampu mencecah lebih dari 100 tahun.
BACA: Violet Mosse Brown, wanita tertua di dunia meninggal dunia
"Diet Jepun adalah kunci kepada hayat yang panjang," ujarnya.
Nabi Tajima, yang kisahnya turut dilaporkan dalam Business Insider, itu kini menetap di sebuah rumah di bandar Kagoshima dan mempunyai 140 ahli keluarga yang terdiri daripada 9 anak, 28 cucu dan 91 cicit.
Sebelum ini, Misao Okawa, wanita Jepun yang pernah memegang gelaran tersebut, meninggal dunia pada 1 April 2015 pada udia 117 tahun dan 27 hari.
Menurut perkongsian Okawa, dia menghargai diet 'mi ramen dan sup daging lembu, selain sushi ikan kembung' yang dikatakan memberi tenaga dan kesihatan buatnya.
Agensi
Mon Mar 12 2018

Kisah wanita tertua di dunia, Nabi Tajima berusia 117 tahun mendapat tempat dalam pelbagai portal berita antarabangsa. - Business Insider
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Nabi Tajima cekal teruskan hidup sebagai wanita tertua dunia
Selepas kematian Violet Mosse Brown pada usia 117 tahun, kini takhta wanita tertua di dunia disandang oleh seorang wanita warga Jepun, Nabi Tajima yang juga berusia 117 tahun.