Supri Narwandi, pastinya menjadi individu paling lega tatkala mendengar khabar nahas pesawat Lion Air, JT610 paogi tadi.

Dalam satu muat naik oleh pemilik akaun Twitter, Gus An, beliau menyatakan bahawa rakannya Supri Narwandi terselamat daripada tragedi tersebut.

Katanya, Supri yang sepatutnya berlepas ke Pangkal Pinang pagi tadi telah mengawalkan penerbangannya kepada 25 Oktober lalu.

"Teman 'selamat' dari #JT610 berkata, nasib baik dia mengawalkan urusan perniagaan ke Pangkal Pinang, beberapa hari yang lalu," memetik muat naik tersebut.


Astro AWANI akan cuba menghubungi Supri bagi mengesahkan perkara tersebut selain menjelaskan mengapa beliau telah menukar penerbangannya.